Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Suka Makan Donat dengan Kopi? Jom Dapatkan Promosi Dunkin’ Donuts Julai Ini!

Suka Makan Donat dengan Kopi? Jom Dapatkan Promosi Dunkin’ Donuts Julai Ini!

Kategori:

Rasa donat dari Dunkin’ yang gebu dan cair di mulut memang sukar untuk dilupakan. Bila dipadankan pula dengan secawan kopinya yang kaw dan menyegarkan, makin bertambah sedaplah jadinya!

Khas untuk penggemar Dunkin’ Donuts yang lahir pada bulan Julai, Dunkin’ juga nak tawarkan sesuatu yang cukup istimewa buat anda!

Memang jarang Dunkin’ adakan tawaran Hari Jadi macam ni, kalau anda tak tebus memang rugi! Jom kita tengok tawaran terkini yang cukup menarik dari Dunkin’ yang anda boleh dapatkan Julai ini!

promosi Dunkin' Donuts Julai

Promosi Dunkin’ Donuts Julai Ini Khas Untuk Penggemar Donat dan Kopi!

Tawaran Pek Hari Jadi Dunkin’

Anda atau orang terdekat bakal sambut Hari Jadi Julai ini? Kalau dah bosan asyik makan kek, apa kata untuk tahun ni anda sambut Hari Jadi dengan donat pula? Lebih bervariasi dan enak dikongsi bersama.

Jom dapatkan set Birthday Treat yang cukup istimewa dari Dunkin’!

Tawaran khas untuk yang lahir pada bulan Julai ini pasti akan berikan lebih mana untuk sambutan Hari Jadi anda atau yang tersayang.

Set yang ditawarkan dalam promosi ini adalah seperti berikut :

3 donat + 1 Iced Coffee (RM 14.50)

promosi Dunkin' Donuts Julai

9 donat + 1 Iced Coffee + 1 pek Cookies (200 gram) = RM 46.90

promosi Dunkin' Donuts Julai

Cara Tebus Promosi Birthday Treat

Untuk dapatkan promosi ini, anda boleh ikuti langkah mudah seperti berikut :

  1. Follow atau Like laman Instagram dan Facebook Dunkin’ Malaysia
  2. Tunjukkan kad pengenalan di cawangan Dunkin’ Donut kegemaran anda!

Diskaun Kopi Dunkin’

Keenakan kopi yang sedap dan beraroma dari Dunkin’ Donuts sememangnya tiada tandingan!
Hari anda pasti lebih ceria dengan secawan kopi dari Dunkin’ yang enak dan menyegarkan.

Untuk waktu terhad ni, jom dapatkannya dengan harga bermula RM 3.70 sahaja. Tawaran ini sah sebelum 12 tengah hari sepanjang Julai ini saja tau! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk nikmati secawan kopi yang padu dari Dunkin’!

promosi Dunkin' Donuts Julai

Menariknya promosi Dunkin’ Donuts Julai ini, memang rugi kalau tak dapatkannya, lebih-lebih lagi bagi anda yang bakal menyambut Hari Jadi tak lama lagi.

Dah alang-alang nak ke Dunkin’Donuts, jangan lupa untuk cuba dua minuman yang ramai orang recommend di TikTok iaitu Iced Caramel Machiatto dan Iced Caramel Latte yang sedap dan jauh lebih murah berbanding jenama kopi popular yang lain.

promosi Dunkin' Donuts Julai

Jangan tunggu lagi, jom dapatkan Dunkin’ Donuts hari ini!

tags: