Red Velvet

Nak resepi red velvet gebu dan sedap. Jom ikut resepi dekat bawah ni. Anda mesti cakap kek ni paling susah nak buat. Susah nak dapat kegebuan kek dan tekstur kek yang seakan baldu semawah namanya si baldu merah. Sebenarnya kek ni memang kalau silap teknik memang akan bawa bencana. Kek terhasil akan mendap, keras dan bantat.

Jadi selamat mencuba…

Bahan – bahan :

Adunan cream cheese :

  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor (100g)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung gandum/kek
  • 1 1/2 sudu besar susu segar/uht/cair

Bahan kek :

  • 1 3/4 cawan (250g) tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu kecil cuka masakan
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula kastor (200g)
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan Bahan Kek

  1. Campurkan kesemua adunan creamcheese. Pukul hingga sebati dan ketepikan seketika.
  2. Kemudian campurkan 1 cawan susu segar dan 1 susu kecil cuka masakan. Kacau dan biarkan selama 5 minit.
  3. Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan soda bikarbonat.
  4. Dalam mangkuk lain, satukan 3 biji telur, gula kastor, ovalette dan esen vanilla. Putar selama 5 minit.
  5. Kemudian masukkan campuran susu + cuka dan tepung + serbuk koko + bikarbonat tadi. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan pewarna merah dan putar sekali lagi hingga sebati.

Cara Memasak :

  1. Sapukan acuan dengan minyak.
  2. Mula – mula masukkan adunan cream cheese. (Kukus lapisan cream cheese selama 5 minit)
  3. Selepas itu masukkan pula adunan red velvet. (Kukus lapisan red velvet selama 10 – 15 minit)

* Resepi ni menghasilkan dlm 30 – 40 biji puteri ayu red velvet.

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 38 times!)