Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Rahsia Buat Creampuff Sedap & Tak Muak, Yang Penting Jangan Derhaka Resepi

Nasiha Gaberan by Nasiha Gaberan
Disember 3, 2020
in Resepi
3 min read
0 0
0
Creampuff Sedap
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tak puas hati setiap kali beli creampuff? Ada yang inti rasa berketul, ada juga yang kulit creampuff keras dan tidak lembut dan macam-macam lagi yang tidak kena dengan selera. Seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsikan resepi creampuff sedap dan tak muak. Yang penting kena ikut step by step ini, jangan derhaka resepi baru menjadi! Jom cuba.

BacaJuga

No Content Available

Rahsia Buat Creampuff Sedap & Tak Muak, Yang Penting Jangan Derhaka Resepi

Bahan-bahan puff:

  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan butter
  • 1 s/b gula
  • 1/4 s/k garam
  • 1 s/k vanilla essence
  • 1 cawan gandum
  • 3-4 biji telur

Cara-cara:

  1. Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula & garam. Kacau sampai gula larut. Kacau dengan api sederhana. Jangan la api tu macam nak goreng ayam.
  2. Letakkan vanilla essence.
  3. Tuang semua tepung gandum sekaligus.
  4.  Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit je.
  5. Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sbiji. Jangan letak sekaligus. Letak sebiji, baru kacau sebati. Kemudian ulang balik. Sis guna 3 biji telur atas saiz telur.
  6. Adunan akan jadi berkilat & tak terlampau pekat/cair.
  7. Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih la bentuk nozzles yang sesuai.
  8. Buat la bentuk macam mana korang suka, nak buat besar atau kecik bergantung. Bakar pada suhu 160c 30-40 minit (bergantung pada oven masing-masing).
  9. Nak tau puff korang tu berjaya atau tidak, bila belah tengah, dalam tu kosong. Macam “angin” je. Kalau tekan tiada isi. Tu kira berjaya la.

Bahan inti:

  • 1 1/4 cawan fresh milk
  • 2 biji kuning telur
  • 3 s/b tepung jagung
  • 1 s/b tepung gandum
  • 1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
  • 1/4 s/k garam
  • 1 s/k vanilla essence
  • 2 s/b unsalted butter
  • 1 cawan non-dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Whisk sampai sebati adunan tu.
  2. Panaskan fresh milk (letak dalam periuk laaa), tak perlu sampai menggelegak pun.
  3. Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk.
  4. Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana.
  5. Masukkan vanilla essence, teruskan kacau.
  6. Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.
  7. Agak-agak dah nak dekat 2 jam tu, boleh lah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang & gebu.
  8. Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit.
  9. Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti sebelum di letakkan ke dalam puff.
  10. Cara letak inti dalam puff ni bergantung, nak tebuk dari bawah puff atau belah tepi. Selamat mencuba!

Kredit: Nuralia Idayu

5/5 (1 Review)
Tags: Creampuff Sedap
ShareTweetSend

Related Posts

Garlic Butter Prawn
Resepi

Baru Je Post Dah Di Share Beribu Orang, Ini Dia Resepi Garlic Butter Prawn Yang Paling Simple Dan Sedap!

Januari 18, 2021
0
cara bancuh air nescafe yang kaw
Resepi

Bekas Pekerja Starbucks Kongsi Cara Bancuh Air Nescafe Yang Betul-Betul Kaw! Sedap Dia Lain Macam, Bikin Ketagih

Januari 18, 2021
632
Spaghetti Bolognese Versi Pedas
Resepi

Jom Cuba Masak Spaghetti Bolognese Versi Pedas, Rasa Memang Padu & Tak Muak

Januari 18, 2021
39
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2020 Copyright Daily Media

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2020 Copyright Daily Media

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist