Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ada Rakyat Malaysia Bercuti Di Thailand Parkir Kereta Menyalahi Undang-Undang, Dinasihatkaan Lebih Beretika

Ada Rakyat Malaysia Bercuti Di Thailand Parkir Kereta Menyalahi Undang-Undang, Dinasihatkaan Lebih Beretika

Kategori: ,
parkir kereta

Tabiat parkir tidak bertanggungjawab oleh rakyat Malaysia telah melangkaui sempedan negara, dan kini menjadi bualan hangat di Thailand.

Kalau sebelum ini tular kejadian sebuah kenderaaan dengan nombor pendaftaran Malaysia telah menjadi sasaran kecaman ramai selepas parkir sesuka hati di HatYai, Thailand.

Rakyat Malaysia Bercuti Makan-Makan Di Thailand Parkir Kereta Menyalahi Undang-Undang, Dinasihatkaan Lebih Beretika

Terbaharu, satu lagi insiden di Thepha, Thailand telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan apabila sebuah kenderaan dipercayai milik rakyat Malaysia dirakam parkir secara serong sehingga mengambil tiga ruang parkir sekaligus.

parkir kereta

Gambar yang dikongsi oleh seorang netizen Thailand, รอฟีอ๊ะ หมัดโส๊ะ, di Facebook turut disertai dengan kapsyen sinis, “Ini kes lain. Orang Thailand semua dialu-alukan ke lot parkir Malaysia di Thailand. Kepada jiran kita, tolong hormati dan patuhi peraturan negara kami.”

Ramai Rakyat Malaysia Mohon Maaf, Saling Menasihati

Catatan di Facebook tersebut menarik perhatian pengguna media sosial, termasuk rakyat Malaysia yang rasa malu dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu negara ini.

Ramai yang tampil di ruangan komen untuk memohon maaf dan menyelar tindakan pemandu terbabit.

Antara komen sinis yang mencuri perhatian termasuk, “Maafkan mereka, mereka tinggalkan otak di sempadan,” dan “Malu betul, memalukan nama Malaysia.”

Sama ada di dalam atau luar negara, tindakan parkir sesuka hati jelas melanggar peraturan jalan raya dan memberi kesan negatif kepada pengguna jalan raya lain.

Malah, tabiat ini tidak hanya mencerminkan sikap pemandu terbabit, tetapi turut mencemarkan imej negara di mata masyarakat antarabangsa.

Sumber: รอฟีอ๊ะ หมัดโส๊ะ

Baca juga: Wanita Ini Kesal Bayar Makan Mahal Hingga RM342 Tapi Makanan Rasa ‘Biasa’ Di Port Dickson

tags: | |