Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengenali food influencer yang terkenal berkenaan dan juga usahawan muda Sambal Nyet.
Apabila tiba sahaja bulan Ramadan, beliau akan memperkenalkan 30 resepi dalam 30 hari bagi memberi idea kepada rakayat Malaysia tentang menu juadah berbuka dan sahur.
Terbaharu, dia turut berkongsi video tentang cara dia meraikan pekerjanya apabila produk Sambal Nyet yang dikeluarkan terus berjaya.
Apa yang menarik perhatian ramai, cara dia melayan pekerja amat unik dan terbaik kerana dia berkongsi rezeki dengan pekerjanya. Bukan hanya tahu mengaut keuntungan sahaja semata-mata.
Sempena Hari Raya yang tidak lama lagi akan diraikan, dia mengajak semua pekerjanya seramai 60 orang untuk berbelanja baju raya mengikut kesukaan masing-masing.
Dengan tidak disangka-sangka, bonus raya juga diselitkan untuk para pekerjanya dan mereka tidak menyangka bahawa Khairul Aming akan memberi bonus sebanyak itu.
Tidak dinyatakan berapa jumlah bonus yang diberikan, ramai yang menganggap ia lebih daripada RM1,000 jika mengikut ketebalan not wang kertas RM50 yang ditunjukkan.
Ada diantara pekerjanya yang mengalirkan air mata tanda terharu dengan pemberian bonus yang tidak disangka-sangka.
“Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. InshaAllah lepas raya nanti kita pergi bercuti pula,” tulisnya pada video yang ramai terpukau cara Khairul Aming layan pekerjanya.
@khairulaming Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. InshaAllah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak hehe #InspirasiRamadan #BukaPuasa
@khairulaming Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. InshaAllah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak hehe #InspirasiRamadan #BukaPuasa ♬ original sound – Khairulaming
Video berkenaan menerima pelbagai reaksi dari orang ramai. Selain daripada ramai yang memuji Khairul Aming, netizen juga berpendapat jika majikan-majikan besar punya prinsip seperti Khairul Aming dalam melayani staff, pasti tidak akan timbul isu pekerja ditindas.
“Banyak masalah dekat Malaysia ni boleh settle kalau semua majikan jaga pekerja dia macam ni”, kata netizen.
“Semoga semua majikan terinspirasi untuk jadi seperti KA. PKS/SME ni adalah antara oenggerak utama ekonomi domestik negara. Semakin tinggi gaji yang dibayar kepada pekerja, semakin rancak dan baik ekonomi negara. Semakin maju perniagaan PKS/SME,” kata netizen lain dengan nama ezzthedon.
Semoga video cara Khairul Aming layan pekerjanya menjadi inspirasi dan juga motivasi kepada semua agar sentiasa memanusiakan manusia dalam hubungan bos dan pekerja.
Sumber: Khairul Aming