Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Masih Muda Tapi Rambut Dah Beruban & Tak Bermaya? Atasinya Guna Petua Mudah Ini Dengan 2 Bahan Sahaja

Masih Muda Tapi Rambut Dah Beruban & Tak Bermaya? Atasinya Guna Petua Mudah Ini Dengan 2 Bahan Sahaja

Kategori:
RAMBUT DAH BERUBAN

Rambut beruban merupakan masalah rambut yang akan dihadapi setiap orang bila sudah tua nanti. Namun begitu, ada juga ramai golongan muda sekarang yang sudah mengalaminya. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan terjadinya hal itu seperti tekanan, gaya hidup dan pemakanan. Namun ada caranya untuk mengelakkannya.

Jika anda tak mahu ke salon dan membelanjakan ratusan ringgit, masalah rambut beruban boleh dirawat dengan menggunakan bahan dapur sahaja. Ikuti petua mudah yang telah dikongsikan oleh Suzy Honey ini. Ianya diamalkan oleh seorang kawannya yang sudah berusia 55 tahun tapi mempunyai rambut yang hitam, lebat, dan masih sihat. Jom baca petuanya di bawah.

Petua Untuk Atasi Masalah Rambut Dah Beruban Dan Tak Bermaya

Bahan-bahan

  • 3 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
  • 3 sudu besar plain yogurt RAMBUT DAH BERUBAN

Cara Penyediaan

  1. Kisar kedua bahan sampai sebati. RAMBUT DAH BERUBAN
  2. Kemudian, sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut. RAMBUT DAH BERUBAN
  3. Biarkan selama 30 minit. Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.
  4. Amalkan satu kali seminggu.

Khasiat Daun Kari Dan Yogurt Untuk Atasi Masalah Rambut Dah Beruban Dan Tak Bermaya

Daun Kari RAMBUT DAH BERUBAN

Merujuk pada satu kajian dari India yang telah dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari boleh membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan vitamin B dalam daun kari.

Yogurt RAMBUT DAH BERUBAN

Kandungan protein, asam amino, dan vitamin B12 yang ada pada yogurt dapat mengatasi masalah rambut rontok, mengawal minyak berlebihan dan membantu rambut tampil sihat dan berkilau. Ianya sudah lama digunakan sebagai masker untuk menjaga kesihatan rambut.

Petua ini selamat untuk diamalkan kerana ia tidak menggunakan apa-apa bahan kimia. Malah, daun kari dan yogurt juga mudah didapati. Pastikan anda menggunakan yogurt asli dan tiada perisa tiruan.

Semoga tips ini dapat membantu masalah anda.

Kredit: Suzy Honey, Klik Dokter

Baca Juga:  Ada 5 Masalah Rambut Ini? Amalkan Cara Ini Saja, Rambut Akan Lebih Sihat Dan Bersinar.

tags: