Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lihat Remaja Hanya Mampu Bau Mamee Kerana Lapar, Wanita Ini Simpati & Hulur Wang

Lihat Remaja Hanya Mampu Bau Mamee Kerana Lapar, Wanita Ini Simpati & Hulur Wang

Kategori:
bau mamee

Kehidupan ini sangat mencabar dan setiap insan pasti akan mengharungi dugaan yang berbeza. Ada yang ditimpa ujian di usia yang lanjut, ada pula yang sudah menghadapinya semenjak kecil lagi.

Melihat keadaan kanak-kanak dan remaja yang sedang menghadapi pelbagai cabaran di usia yang begitu muda, tentu kita akan berasa sangat simpati dengan nasib mereka dan terdetik untuk membantu.

Lihat Remaja Hanya Mampu Bau Mamee Kerana Lapar, Wanita Ini Simpati & Hulur Wang

Terbaharu, seorang wanita aliiahadii telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi kisah sedih semasa dalam perjalanan pulang dari kerja.

Menaiki bas pada lewat malam, wanita itu ternampak seorang remaja yang turut menumpang dan sedang memegang satu paket snek popular, Mamee. bau mamee

Mungkin lapar dan tiada wang untuk membeli makanan, remaja lelaki itu hanya mampu menghidu bau snek itu. Bersimpati bila melihatnya, wanita itu terus berniat untuk bersedekah.

Tunggu remaja tersebut di perhentian, dia berasa gemuruh sambil mencari kelibat remaja tersebut. bau mamee

Gigih menunggu meskipun dah lewat malam, akhirnya remaja itu kelihatan dan wanita tersebut terus menghulurkan wang berjumlah RM10 padanya.

Walaupun tidak besar nilainya, dia berharap sumbangannya itu sedikit sebanyak dapat membantu remaja tersebut membeli makanan dan minuman bagi mengalas perutnya yang kosong. bau mamee

https://www.tiktok.com/@aliiahadii/video/7161052903380143387

@aliiahadiitake care adik!♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut pernah terserempak dengan remaja itu. Walaupun selalu berada di dunianya, dia tidak pernah menggangu sesiapa dan sangat baik perilakunya.

“Nama dia Arip sis. Dia selalu dengan dunia dia saja. Baik budaknya.”, cerita seorang pengguna.

Ramai Kenal Dengan Remaja Itu, Kata Baik Orangnya bau mamee

Syukur masih ada di antara kita yang ringan tangan dan sedia memberi apabila melihat mereka yang tidak bernasib baik. Semoga tindakan wanita ini menjadi contoh buat kita semua.

Kredit: aliiahadii

Baca Juga: “Telan Air Liur Kau!” – Lihat Adik & Kawan-Kawan Sakan Makan Ramen Tepi Jalan, Gadis Ini Terhibur

tags: | |