Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Rendang Ayam Pedas Perak Sesuai Dijadikan Lauk Hari Raya, Sekali Kena Memang Terangkat Kaki Sebab Berapi!

DM Editor by DM Editor
Mac 19, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
Rendang Ayam Pedas Perak Sesuai Dijadikan Lauk Hari Raya, Sekali Kena Memang Terangkat Kaki Sebab Berapi!
0
SHARES
83
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Resipi Rendang Ayam Pedas Perak ini memang terkenal di negeri utara, Perak dan rasanya sangat pedas. Bila sahaja disebut rendang mesti teringat dan rindu akan hari raya. Boleh dimakan bersama ketupat atau lemang tapi boleh juga dimakan dengan nasi putih.

BacaJuga

Tips Masak Rendang Ayam Pekat Melekat, Sampai Terpikat Hati Bakal Mak Mentua

Tips Masak Rendang Ayam Pekat Melekat, Sampai Terpikat Hati Bakal Mak Mentua

Disember 17, 2022
9
Dah Lama Pendam Akibat Covid, Gelagat Budak Perempuan Nyanyi Penuh Semangat di Jamuan Hari Raya Sekolah Buat Netizen Terhibur

Dah Lama Pendam Akibat Covid, Gelagat Budak Perempuan Nyanyi Penuh Semangat di Jamuan Hari Raya Sekolah Buat Netizen Terhibur

Mei 25, 2022
0

Baunya sangat sedap apabila menggunakan rempah ratus yang telah dikisar halus dan ditumis hingga naik bau wangi. Jadi, ini resipi rendang ayam pedas perak yang anda wajib cuba pada hari raya nanti.

Rendang Ayam Pedas Perak Sesuai Dijadikan Lauk Hari Raya, Sekali Kena Memang Terangkat Kaki Sebab Berapi!

Resipi Rendang Ayam Pedas Perak ini dikongsikan oleh Faidhatul Arfah Ahmad dan dikongsikan semula oleh beberapa Facebook Page masakan yang lain.

rendang ayam pedas perak

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (potongan ikut citarasa anda)
  • 15 biji bawang merah (diracik halus)
  • 13 biji bawang kecil (diracik halus)
  • 5 biji bawang putih (diracik halus)
  • 12g kunyit hidup (diblender)
  • 80g halia tua (diracik halus)
  • 33g lengkuas (diblender)
  • 4 helai daun limau purut (diracik halus)
  • 8 batang serai (diracik halus)
  • Gula melaka secukup rasa
  • 4 sudu besar cili boh (tahap kepedasan atas anda)
  • 2 helai daun kunyit (diracik halus)
  • 1kg santan
  • 90g kerisik
  • Garam secukup rasa

rendang ayam pedas perak

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan ayam yang telah di cuci bersih ke dalam kuali.
  2. Kemudian, masukkan ke semua sekali bahan yang diracik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai yang di racik halus-halus.
  3. Masukkan juga bahan yang diblender iaitu cili boh, lengkuas dan kunyit hidup, lalu dimasukkan ke semua santan. Masak dalam api yg sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakkan hangit
  4. Tutupkan kuali dengan penutup, sesekali bukakkan penutup dan gaul-gaulkan ia.
  5. Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahankan api menggunakan api yang paling perlahan dan masukkan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang di racik halus dan kerisik tunggu lagi dlm 30 minit – 40 minit.
  6. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2 jam hingga 3 jam bergantung kepada portion yang kita masak. Kalau nak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.
  7. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang diracik halus. Gaul-gaulkan sebati dan boleh tutup api.
  8. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula hanya tambahkan sedikit air, jangan guna minyak masak.

rendang ayam pedas perak

Tak sabar pula nak buat rendang ayam pedas perak ini ketika Hari Raya Aidilfitri nanti. Kena sediakan air manis sejuk untuk hilangkan kepedasan rendang ayam ini.

Selamat Mencuba!

Kredit: Faidhatul Arfah Ahmad

Baca Juga: Resepi Rendang Ayam Pedas Ajaran Kampung, Sesuai Dimakan Dengan Nasi & Ketupat. Kena Cuba & Rasa!

0/5 (0 Reviews)
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
online free course
download karbonn firmware
Tags: hari rayaRendang Ayamrendang ayam pedas perak
ShareTweetSend

Related Posts

cocktail rasa mantap macam dekat kedai
Masak Apa Hari Ini?

Nak Buat Mocktail Rasa Mantap Macam Dekat Kedai? Rupanya Kena Campur 2 Bahan Ni Barulah Rasa Wow!

Mac 22, 2023
580
gulai kacang
Masak Apa Hari Ini?

Gulai Kacang Letak Hati & Pedal Ayam Buat Ramai Terliur, Ini Resipi Menarik Serta Unik Patut Korang Cuba Untuk Puasa & Raya Kali Ni!

Mac 22, 2023
74
daging goreng tumbuk
Masak Apa Hari Ini?

Cara Buat Daging Goreng Tumbuk, Makan Dengan Nasi Panas Atau Buat Nasi Goreng Pun Sedap!

Mac 22, 2023
161
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist