Setiap keluarga mempunyai resepi turun menurun. Dari ibu bapa kepada anak-anak, resepi yang diturunkan adalah untuk mengingatkan anak-anak kepada tradisi keluarga. Mungkin tak sebesar harta, namun resepi yang diturunkan merupakan salah satu cara untuk mengingati mereka apabila berjauhan atau bila mereka sudah tiada.
Di Facebook, Elly Aziz telah berkongsi resepi acar timun oleh arwah ibunya. Walaupun sudah lama tidak menyediakannya, namun acar timun tersebut nampak sangat menyelerakan dan mencuri tumpuan.
Mungkin bagi orang lain, resepi tersebut nampak ringkas tapi ianya sangat bermakna buatnya kerana ianya dari arwah ibunya. Dia turut tidak keberatan untuk kongsikan resepi ini pada orang lain. Jom ketahui!
Resepi Acar Timun Oleh Arwah Emak
Bahan-Bahan
- 2 biji timun
- 1 batang carrot
- 8 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
- 1 inci halia
- 1/2 kacang tanah (sangai dan dikisar)
- 1 paket udang kering (untuk dikisar)
- 10 tangkai cili kering (untuk dikisar)
- 5 ulas bawang merah (untuk dikisar)
- 4 ulas bawang putih (untuk dikisar)
- 1/2 cawan cuka
- 3 sudu besar gula pasir
- 1 cawan air
- Garam halus
- Kapur makan
- Sedikit biji sawi
- Serbuk perasa
Cara Penyediaan Acar Timun Arwah Emak
- Timun dan carrot dibuang empulur dan dipotong panjang. Cili merah dan halia juga dipotong pangjang halus-halus.
- Rendam semuanya dalam air kapur selama 20 minit supaya rangup. Basuh dan toskan.
- Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar.
- Masukkan cuka, air, gula, garam, dan sedikit perasa. Masak hingga kuahnya pekat.
- Masukkan timun, carrot, bawang merah, bawang putih dan cili merah. Gaul hingga rata.
- Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan biji sawi. Dah siap.
Rasa acar timun ini yang masam manis menjadikan ia satu hidangan yang sangat sesuai untuk pembuka selera. Makan dengan sepinggan nasi dan lauk pauk yang lain pun bagus.
Bila cuba nanti rasa teringat pula dekat mak ayah di kampung. Selamat mencuba dan kongsikan resepi ini pada kawan-kawan.
Kredit: Elly Aziz
Baca Juga: Resepi Nasi Minyak Yang Mudah, Digandingkan Pula Dengan Ayam Masak Merah Serta Ayam Kurma. Memang Padu!