Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Ais Teler Segar

Indonesian Cuisine: Resepi Ais Teler Segar

Kategori: ,,

Bagi peminat makanan manis. Kami bawakan resepi ais teler segar dari indonesia untuk santapan anda. Boleh menyejukkan badan yang panas dan melegakan tekak. Kalau orang di sini ais teler ini diibaratkan seperti air batu campur(ABC) tapi tak salahkan kita cuba cara indonesian pula. Jom ikuti resepi di bawah ini.

Bahannya cuma perlu :

  • Buah alpukat, nangka dan daging kelapa
  • Es batu secukupnya
  • SKM secukupnya

Bahan larutan gula :

  • 3 sdm gula pasir (sesuai mengikut selera)
  • Selembar daun pandan
  • 200ml air
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat ais teler:

  1. Pertama sekali, untuk membuat larutan gula masukkan air dan gula pasir serta selembar daun pandan
  2. Masukkan sedikit garam dan didihkan di atas api yang kecil dan kacau rata
  3. Sejukkan larutan gula tadi
  4. Kemudian ambik ais dan letakkan di dalam blender
  5. blender sehingga hancur
  6. Setelah itu masukkan, buah-buahan yang anda sediakan
  7. Kemudian masukkan ais yang telah di blender
  8. Masukkan air gula yang telah disejukkan tadi
  9. Seterusnya letakkan susu kental manis dan kacau rata
  10. hidangan siap

Selamat mencuba menu santai ini, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

https://www.youtube.com/watch?v=S2iHJDHlhVQ

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | |