Aiskrim Malaysia memang sangat popular waktu ketika dahulu. Namun kini ianya tidak sepopular zaman 90 an. Mungkin kerana terlalu banyak lambakan aiskrim moden yang timbul. Malah kanak-kanak hari ini juga sudah jarang menikmati aiskrim Malaysia ini.
Mengenai dengan aiskrim Malaysia ini, pastinya jarang sekali kita menemui orang yang menjual aiskrim Malaysia yang berperisa durian kan. Kita nak mencuba pun kadangkala was-was. Namun ada seorang wanita yang dikenali dengan nama Nur Hayati Khalid berkongsi resepi aiskrim Malaysia durian ini.
Nampak sungguh menggiurkan kan? Peminat durian tu tak teringin ke nak buat? Kalau korang semua teringin, jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh ibu ini.
Cara Buat Aiskrim Malaysia Durian Yang Mudah
Bahan-bahan:
- 4 cawan air
- 1 cawan isi durian
- 1 cawan susu segara atau susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 sdb gula/gula perang
- 1 sudu tepung jagung
Cara Penyediaan :
- Kisar semua bahan.
- Masak sekejap dalam periuk sehingga mendidih.
- Tunggu sejuk kemudian tuangkan dalam plastik aiskrim.
- Setelah siap semua boleh sejukkan dalam peti ais.
- Siap.
Sangat mudah kan nak buat aiskrim Malaysia durian ini? Yang mana ada durian lebih dekat rumah bolehlah dibuat aiskrim ini. Anak-anak pasti suka, lebih-lebih lagi yang mana hantu durian tu. Sangat nikmat kan kalau makan waktu sejuk. Jomlah cuba sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Nur Hayati Khalid Via MATJHN
Baca juga: Nak Buat Aiskrim Solero Jadi Aiskrim Malaysia Pun Boleh Tau! Mudah Dan Sedap, Boleh Makan Sepuasnya!