Bila dah makin besar, makin banyak masa yang suntuk untuk pergi keluar malah masa cuti minggu pun tidak sempat. Hanya mampu memasak apa sahaja yang ada di rumah dan ketandusan idea.
Perkongsian resepi Apam Beras Gebu ini sangat mudah untuk dimasak dan dibuat bagi yang kempunan kuih ini.
Cara Rahsia Bagi Kuih Jadi Gebu! Ini Resipi Apam Beras Gebu Yang Senang Dimasak & Sedap Dimakan Untuk Sarapan Pagi
Resepi Apam Beras Gebu ini dikongsikan oleh Empunya Resepi di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda. Resepi yang sangat mudah, cepat dan jimat.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan nasi blender dengan 3 cawan air
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 11/2 cawan gula
- 1 paket mauripan
Cara Penyediaannya:
- Gaul semua bahan dan perap selama 1 jam.
- Bila adunan dah naik, boleh letak dalam acuan lompang dan kukus selama 10 minit, sehingga masak.
- Kalau nak pakai loyang pun boleh, dengan hanya kukus selama 45 minit.
Anda tidak perlu lagi susah susah untuk ke pasar pagi untuk membelinya. Buat sahaja di rumah, menggunakan bahan yang sedia ada sahaja.
Selamat Mencuba!
Kredit: Empunya Resepi di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda
Baca Juga: Ini Rahsianya! Tips Kuih Apam Nasi Supaya Jadi Lebih Gebu. Nak Merekah Cantik Kena Guna Cara Ini