Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Apam Gula Merah, Memang Sedap. Kalau Jual Memang Laku Keras!

Resepi Apam Gula Merah, Memang Sedap. Kalau Jual Memang Laku Keras!

Kategori: ,
apam gula merah

Kuih Apam merupakan kuih tradisional yang tak perlu digoreng atau dibakar, hanya perlu dikukus bagi menghasilkannya. Oleh kerana terlalu terkenal, terdapat pelbagai versi kuih apam yang berjaya dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing. Semuanya kelihatan menarik tapi jika nak mudah dan ringkas, apam gula merah antara versi yang klasik.

Jika anda ingin mencubanya, ini dia resepi apam gula merah yang telah dikongsikan oleh Rosnah Harun. Mudah sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui cara membuatnya.

Resepi Apam Gula Merah, Memang Sedap. Kalau Jual Memang Laku Keras!

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 paket yis – dapatkan di sini

Cara-caranya

  1. Masak gula merah dengan dua cawan air. Sejukkan dan tapis.
  2. Masukkan tepung, gula, garam dalam mangkuk. Tuang gula merah dan yis, kacau rata, tutup mangkuk dan perap selama satu jam.
  3. Acuan disapukan dengan minyak. Sambil itu, panaskan pengukus.
  4. Tuang adunan dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
  5. Siap dan sedia untuk dinikmati. apam gula merah apam gula merah apam gula merah

Mudah sangat resepi apam gula merah ini, kan? Nampak sangat sedap jadi sangat rugi kalau tak cuba. Buat banyak-banyak tau, takut nanti tak cukup pula sebab habis disambar orang lain.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Rosnah Harun

Baca Juga: Ini Resepi dan Tips Buat Donut Susu Yang Viral Tengah Sekarang, Tak Guna Pelembut Roti Tapi Gebu Sampai Ke Petang!

tags: | | |