Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Dapat Makan Apam Lenggang Sedap Juga Untuk Minum Petang, Resepi Guna Sukatan Cawan Je

Dapat Makan Apam Lenggang Sedap Juga Untuk Minum Petang, Resepi Guna Sukatan Cawan Je

Kategori:
Resepi Apam Lenggang

Tiada idea nak makan apa untuk minum petang? Jom cuba buat apam lenggang ini. Resepi apam lenggang ini sangat mudah kerana hanay perlu guna sukatan cawan. Yang penting, rasanya memang sedap dan sesuai untuk dimakan seisi keluarga.

Resepi Apam Lenggang

Bahan-bahan:

  • 1½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 7 sdb gula putih (ikut kemanisan masing²)
  • 1½ sdk yis
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan pekat (saya guna santan fresh)

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali santan. Blender sampai sebati.
  2. Tuang ke dalam bekas, perap selama 2 hingga 3 jam dalam bekas tertutup.
  3. Masukkan santan, gaul sehingga rata.
  4. Sediakan kuali, sapu sedikit minyak kemudian tuangkan adunan, lenggangkan.
  5. Tutup sebentar dengan tudung periuk lebih kurang 2 hingga 3 minit.
  6. Nampak adunan berubah warna kekuningan boleh lah angkat.
  7. Selamat mencuba.

Kreidt: Makcik Ratu

tags: