Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Ayam Asap Teh, Masakan Cina Paling ‘Aneh’ Tapi Sedap! Lelaki Ini Kongsi Resepinya…

Si Bunga by Si Bunga
Oktober 7, 2020
in Resepi
3 min read
0 0
0
Ayam Asap Teh, Masakan Cina Paling ‘Aneh’ Tapi Sedap! Lelaki Ini Kongsi Resepinya…
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan Kamarul Ariffin Nor Sadan, berkongsikan resepi ayam asap teh. Menurutnya, resepi masakan cina ini dipelajari daripada rakan sekelasnya. Resepi ini juga resepi yang paling aneh yang dipelajarinya.

BacaJuga

No Content Available

Walaupun nama masakan ini sedikit pelik, namun rasanya amat sedap! Nak tahu bagaimana rasa ayam asap teh ini? Ikuti resepi lengkap perkongsian oleh beliau di bawah.

Ayam Asap Teh, Masakan Cina Paling ‘Aneh’ Tapi Sedap! Lelaki Ini Kongsi Resepinya…

Bahan-bahan perap:

  • ½ ekor ayam
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu madu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Garam secukup rasa

Bahan perasap:

  • 3 uncang teh
  • 3 sudu beras
  • 3 sudu gula perang

Cara-cara:

  1. Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
  2. Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
  3. Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
  4. Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
  5. Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
  6. Alang-alang nak kukus, tumpang pau lah. Haha.
  7. Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
  8. OK, dah 40 minit! Ini hasilnya! Angkat ayam dari pengukus. Sabar, belum siap lagi.
  9. Air kukusan ni dah jadi chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk. Sedap broth ni!
  10. Tadi ada separuh lagi campuran sos tu, kan? Sapukan rata pada ayam yang dah dikukus.
  11. Dah cantik, kan? Belum siap, belum siap! Letak tepi dulu ayam ni.
  12. Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk macam ni.
  13. Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam kita. *terlebih pula beras saya
  14. Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
  15. Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.
  16. Tada! Sekarang dah cantik, dan beraroma teh!
  17. Sapu lagi satu lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ni mengering.
  18. Broth ayam tadi boleh campur dengan lebihan sos campuran. Nanti waktu makan ayam boleh buat penambah rasa.
  19. OK, ini hasil bahan perasap yang dah terbakar. Buang sahaja, memang bukan untuk makan. Fungsi kita guna beras ni untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula.
  20. Bila ayam dah turun suhunya dan kering, baru potong ayam! Kalau potong masa panas, nanti isi jadi kering. Tengok tu! Kulit berkilat, tapi isi pun juicy lagi.
  21. Nah lagi! Lihat gambar ni, boleh bayangkan tak, masin dan manis kulitnya, serta betapa lembut isinya?Ayam Asap Teh

Selamat mencuba!

0/5 (0 Reviews)
Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
Download Best WordPress Themes Free Download
lynda course free download
download mobile firmware
Tags: Ayam Asap Teh
ShareTweetSend

Related Posts

kuey teow goreng basah
Masak Apa Hari Ini?

Nak Cepat? Cuba Resepi Kuey Teow Goreng Basah Ini. Ringkas & Sedap, Confirm Jadi!

Mei 18, 2022
10
kek nanas
Kek

Resepi Kek Nanas Yang Gebu Dan Cantik, Lain Daripada Yang Lain!

Mei 18, 2022
9
Potato Wedges & Sos Keju
Masak Apa Hari Ini?

Selalu Habis? Ini Cara Buat Potato Wedges & Sos Keju, Rasanya Sama Dengan KFC Punya. Terubat Rindu!

Mei 17, 2022
170
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist