Biasanya, jika kita menyediakan hidangan ayam bakar, kita hanya meletakkan rempah sebagai bahan perapan untuk dicicah bersama sos atau dimakan terus dengan nasi panas. Jom kita cuba cara lain pula. Kita buat ayam bakar tomyam yang punya rasa berbeza dari ayam bakar biasa.
Bayangkan, setiap gigitan ayam yang kita gigit tu, menjanjikan rasa yang masam-masam tomyam bersama daun limau purut. Perghhh kalau korang peminay tomyam, memang tak rugi cuba resepi ini.
Resepi yang dikongsi oleh Nur Niezza ini diambil dan diubah suai daripada resepi asal (ikan siakap bakar tomyam oleh Hanielieza). Jadi, Nur Niezza mengubahkan ia menjadi resepi ayam bakar tomyam yang patut dicuba.
Dah siap ayam bakar tomyam kita. Ni makan dengan nasi panas-panas pun sedap tau berlaukkan ayam bakar tomyam ini sahaja. Semoga resepi ini bermanfaat buat semua.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Nieza
Baca juga: Ayam Rendang Tomyam Cili Padi, Rasa Pedas Dan Masam Boleh Buat Kecur Air Liur!