Masakan ayam ini boleh dipelbagaikan dimana setiap masakan itu pasti ada kesedapannya yang tersendiri. Kadang-kadang nak makan ayam tapi bosan dengan resepi yang sama. Terdapat satu masakan ayam yang terkenal di Bali iaitu Ayam Betutu.
Ayam Betutu merupakan salah satu hidangan ayam asli dari Indonesia yang berasal dari Bali. Masakan ini cukup terkenal dengan rasanya yang menyengat kerana kepedasannya menambahkan lagi rasa ayam tersebut. Rupanya yang lebih kurang seperti rendang ayam ini diakui sangat sedap.
Rupa Yang Sama Seperti Rendang, Ini Dia Resepi Ayam Betutu Bali Yang Terkenal Dengan Rasa Pedas Menyengat. Sekali Makan Pasti Nak Lagi!
Bahan-bahan
- Ayam Betutu Bali
- Bahan
- 1 ekor ayam berat 1.5 atau 2 kg bole buat seekor atau dipotong2
Bumbu kering
- 1.5 sdm serbuk ketumbar
- 2 sdt serbuk lada -tak letak
- Gula
- Garam
- Peyedap rasa
Bumbu kisar
- 25 ulas bawang merah
- 12 ulas bawang putih
- 40 btg cabe rawit merah-mummy guna 20 btg cili padi merah campo 20 btg cili padi hijau-klu suka pedas
- bole guna cili padi merah saja- (mummy cukup campo cili padi nt pedas sgt )
- 8 btg cabe merah besar
- 5 btg serai
- 15 cm kunyit hidup
- 7 cm jahe/halia
- 7 cm lengkuas
- 7 cm kencur-tak letak sb tak ada
- 10 lembar daun jeruk/ daun limau purut buang buang urat dan dihiris
- 1sdm terasi/belacan-tak letak
- 6 butir kemiri/buah keras
Cara penyediaan
- Tumis dulu bahan kisar sampai matang. Masukkan air 1 liter. Bila air mendidih masukkan ayam dan bahan kering
- Masukkan gula sebanyak 4sdm dan penyedap rasa 3sdb secukup rasa Maggi
- Tutup kuali. Kaup balik ayam sesekali.
- Jika ayam belum masak air dah mengering tambah lagi air secukupnya.
- Masak sehingga ayam empuk dan agak kering
Nota tambahan : resepi asal @banususanto dan dimasak oleh @makcikratu
Ayam boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Ternyata ramai yang sukakan masakan bali kerana rakyat Malaysia juga menyukai masakan pedas dan menyengat.
Sumber: Makcik Ratu
Baca juga: Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Yang Super Duper Sedap, Sesuai Untuk Makan Malam Dan Tengahari