Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Buttermilk Padu!

Resepi Ayam Buttermilk Padu!

Kategori: ,

Resepi Ayam Buttermilk yang sangat sedap dan anak-anak anda pasti sukakannya. Pada post kali ini kami ingin kongsikan resepi membuat Ayam Buttermilk dengan cara yang cukup mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Sesuai jika digunakan ayam bahagian dada atau isi, tetapi boleh juga nak gunakan bahagian tulang yang lain.

Ayam perlu digoreng terlebih dahulu bersama salutan tepung kemudian dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya, lemak, manis masin secukup rasa dan haruman dari daun kari sangat memikat selera.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi

BAHAN-BAHAN UNTUK TEPUNG SALUTAN AYAM:

  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Dalam kuali, panaskan butter sehingga ianya cair dan tumis bawang putih, cili serta daun kari sehingga naik bau.
  6. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  7. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

TIPS:

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan jika anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng tersebut, anda boleh juga menggunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.

SIAP! SELAMAT MENCUBA.

Kredit: Buat Orang Lapo

tags: | | | | | |