Tidak dinafikan, apa sahaja yang dimasak oleh seorang ibu menjadi kegemaran anak-anak walau apa sahaja lauknya. Seperti perkongsian oleh Nor Hairiyah ini, beliau berkongsikan resepi ayam goreng yang menjadi kegemaran anak-anaknya. Kalau anda nak mencubanya juga, boleh ikuti resepi lengkap di bawah.
Resepi Ayam Goreng Favorite Anak-Anak, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Tetap Sedap!
Bahan-bahan (Resepi untuk anggaran 1 ekor ayam):
- Bawang putih dan halia seperti dlm gmbr
- 1 biji telor
- 1sdb serbuk kari
- 5sdb tepung jagung
- 3/4cwn air sejuk
- Sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Blend semua bahan-bahan.
- Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
- Kalau cair, tambah tepung jagung.
- Perapkan ayam bersama daun kari.
- Sedia untuk digoreng.
- Selamat mencuba.
Kredit: Nor Hairiyah Hassim
Baca juga: Anak-Anak Puji ‘Sup Telur’ Mama Paling Sedap Kat Dunia, Wanita Ini Kongsi Rahsianya