Jika ke pasar malam, kita pasti akan terpandang gerai ayam goreng rangup di sana kan? Setiap gigitan ayam rangup berkenaan, memang menghasilkan bunyi kriuk-kriuk.
Dijual dengan harga yang murah, memang ia menjadi pilihan. Sambil makan, terfikir juga macam mana nnak buat dan goreng ayam supaya rangup macam tu? Jadi, di sini adalah tempat yang tepat kerana kami akan kongsikan resepi yang menganggu fikiran anda itu.
Ayuh mencuba bersama!
Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Goreng Rangup Pasar Malam, Memang ‘Kriuk-Kriuk’ Habis
Bahan-Bahan Perap:
- Ayam seekor potong 24
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil lada putih
- 1 sudu besar serbuk kari
- garam
- serbuk perasa Adabi
Bahan-Bahan Tepung Salut Ayam:
- 1 cawan tepung Bestari pedas
- 2 cawan tepung jenama Ros
- 1 sudu tepung ubi/tepung beras
Cara Penyediaan:
- Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
- Perap ayam dengan bahan-bahan perap.
- Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.
- Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam sehingga sebati.
- Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
- Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup di luar, lembut di dalam.
Sudah siap pun menu ayam goreng rangup versi pasar malam kita! Bolehlah cuba sendiri di rumah. Makan dengan nasi ataupun ratah sahaja. Terpulang kepada anda.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Murni Rahmat
Baca lagi: Resepi Budu Air Asam Meleleh, Rasa Lain Terus Bila Buat Cara Ini!