Sebut je pasal ayam masak kicap confirm ramai yang tahu apatah lagi yang memang penggemar kicap sehingga tidak memerlukan lauk lain cukuplah lauk ini sahaja boleh buatkan mereka tambah berpinggan-pinggan. Ayam masak kicap merupakan resepi paling sedap dan ringkas yang sesuai untuk dimasak oleh sesiapa sahaja terutama sekali yang kekurangan masa kerana resepinya sangat mudah.

Bahan-bahan:

  1. Ayam
  2. Bawang merah
  3. Cili padi
  4. Sos tiram
  5. Sos cili
  6. Kicap manis
  7. Garam dan Gula
  8. Tomato
  9. Bawang holland
  10. Cili merah
  11. Minyak masak

Cara-cara memasak:

  • Gaul ayam bersama garam dan kunyit
  • Kemudian goreng ayam sehingga separuh masak
  • Tumis bawang merah yang telah dihiris sehingga naik garing
  • Masukkan 4 biji cili padi
  • Seterusnya masukkan 1 sudu besar sos tiram dan kacau sebati
  • Masukkan 1 sudu besar sos cili   dan 5 sudu besar kicap manis
  • Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga sebati
  • Masukkan 1 biji tomato, 1/2 biji bawang holland dan 1 biji cili merah

 

Dah siap, selamat mencuba!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 8 times!)