Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang, Tak Perlu Guna Minyak Pun. Serius Jimat!

Resipi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang, Tak Perlu Guna Minyak Pun. Serius Jimat!

Kategori: ,
AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG

Orang ramai tentu sahaja rungsing dengan kenaikkan harga minyak masak yang baru sahaja diumumkan. Perkara itu jelas mengecewakan semua, lebih-lebih lagi peningkatan tersebut membebankan ramai pihak.

Memandangkan harga sebotol minyak masak makin mahal, orang ramai tentu ingin berjimat dengan mencari resepi yang tidak perlukan penggunaan minyak yang banyak. Oleh itu, kami ingin kongsikan resepi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang yang telah diolah oleh cik Nadyrah Ismail. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya!

Resepi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang, Tak Perlu Guna Minyak Pun. Serius Jimat!

Bahan-bahan

  • Ayam
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 inci halia (dimayang)
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram – guna jenama ini untuk rasa yang lebih sedap
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 kiub pati ayam
  • Secubit garam

Cara penyediaan

  1. Sediakan semua bahan-bahan dan letakkan dalam bekas.
  2. Gaul ayam bersama bahan-bahan lain sehingga rata.
  3. Perapkan ayam yang telah digaul tadi dalam peti ais selama satu atau dua jam.
  4. Kemudian, sediakan pengkukus dan kukuskan sehingga masak.
  5. Sedia untuk dinikmati. AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG

Mudah sahaja resepi ini, kan? Bagi korang yang bukan sahaja ingin berjimat-cermat dan menjaga kesihatan, bolehlah cuba resepi ayam masak stim versi paling senang ini. Dengan penggunaan bahan-bahan yang sedikit sahaja, sesiapa boleh menyediakannya.

Selamat mencuba!

Kredit: Nadyrah Ismail

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Kuih Ropa Inti Daging, Kuih Warisan Terengganu Yang Simple Tapi Sedap Tak Terkata!

 

tags: | |