Sekarang hujan asyik turun membasahi bumi. Kan sedap kalau dapat menikmati ayam goreng sambil hujan di luar rumah? Tentunya lebih nikmat!
Kalau anda malas untuk keluar dari rumah dan pergi membelinya, anda boleh cuba buat ayam perap berempah ala mamak ini yang mudah dan ringkas sahaja. Buat banyak-banyak dan simpan, goreng bila mahu makan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Fatyn Zamry di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resipi Ayam Perap Berempah Ala Mamak, Simple Tapi Padu! Simpan Dalam Peti Terus Goreng
Bahan-bahan
- Seekor ayam
- 3 ulas bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- Halia (dihiris)
- Lengkuas (dihiris)
- Kunyit hidup (besar ibu jari)
- 3 sudu makan jintan manis
- 3 sudu makan biji ketumbar
- 3 hingga 4 biji buah keras
- 1 paket kecil serbuk kari
- 1 paket kecil serbuk cili
- 3 sudu makan tepung jagung
- Garam
- Serbuk Hilal
- 4 sudu makan gula perang atau gula merah
- Daun kari
Cara-caranya
- Kisar bawang putih, bawang besar, serai, jintan manis, biji ketumbar, halia, lengkuas, dan kunyit hidup bersama sedikit minyak dan air (air sikit sahajha, biar bahan perap pekat).
- Campur semua bahan kisar tadi atas ayam, masukkan serbuk kari, serbuk cili, tepung jagung, garam, gula, serbuk Hilal dan daun kari.
- Dah gaul sebati nanti boleh perap selama satu jam dan goreng. Lagi lama perap, lagi sedap. Tapi kalau kalau lepas gaul nak goreng terus pun boleh.
- Siap untuk dinikmati.
Nampak sangat sedap ayam goreng ini, kan? Kalau sesiapa yang minat dengan ayam berempah, boleh lah cuba resepi ini. Tentu lebih sedap dari yang biasa.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Fatyn Zamry
Baca Juga: Sejak Tahun 1970 Tak Pernah Tukar Caranya, Wanita Ini Kongsi Resepi Vadai Tanpa Tepung Dari Emaknya