Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Ayam Rempah Lima Yang Mudah. Menu Ini Pilihan Tak Kira Masa

Ini Resepi Ayam Rempah Lima Yang Mudah. Menu Ini Pilihan Tak Kira Masa

Kategori: ,
AYAM REMPAH LIMA

Lauk ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Malah, terdapat pelbagai menu ayam yang menarik dan sedap yang anda boleh cuba seperti ayam pandan thai, tomyam ayam, ayam kurma dan banyak lagi.

Bagi anda yang ingin mencuba menu yang baharu, boleh lah cuba resepi ayam rempah lima oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Resepi yang dikongsikan menggunakan rempah lima yang sering digunakan dalam masakan cina iaitu kayu manis, jintan manis, bunga lawang, cengkih dan lada szechuan. Turut dikongsikan bahawa menu ini sering dinikmatinya ketika belajar di Rusia dulu!

Resepi Ayam Rempah Lima, Menu Wajib Masa Belajar Di Russia!

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 cubit jintan manis
  • 1 cubit lada szechuan
  • 1/2 batang kayu manis
  • 1/2 kuntum bunga lawang
  • 1 cubit cengkih
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 genggam cendawan shitake kering
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan

  1. Tumbukkan kayu manis, jintan manis, bunga lawang, cengkih dan lada szechuan sehingga halus menggunakan lesung. Kalau nak lebih halus boleh gunakan pengisar rempah atau kering. AYAM REMPAH LIMA
  2. Tumis bawang putih dan halia yang disagat atau dikisar halus. Jika nak kurangkan pengambilan minyak, boleh langkau langkah ini. Reneh terus bawang putih dan halia. Rasanya nanti tak lari jauh. AYAM REMPAH LIMA
  3. Masukkan rempah yang kita dah tumbuk tadi. Letak sedikit dahulu. Takutlah anda orang jenis yang tak boleh makan makanan yang terlalu berempah. Kalau tak cukup rempah, nanti boleh tambah. Tumis hingga harum. AYAM REMPAH LIMA
  4. Masukkan ayam dan 2 hingga 3 cawan air. Kita kena reneh ayam ini. Sementara reneh ayam, boleh rendam cendawan shiitake hingga kembang dan kemudian buang tangkainya. AYAM REMPAH LIMA
  5. Bila dah selesai siang cendawan itu, boleh masukkan dalam renehan. Sambung reneh. Kuah ini nanti akan ada aroma shiitak dan shiitake akan serap rempah. Semua akan sebati. AYAM REMPAH LIMA
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali, masukkan daun bawang untuk aroma yang segar. Kalau suka kuah pekat, masukkan air bancuhan tepung jagung sikit. Biar likat! AYAM REMPAH LIMAAYAM REMPAH LIMAAYAM REMPAH LIMA

Siapa yang minat dengan masakan Cina boleh lah cuba resepi ayam rempah lima ini. Rasanya lebih kurang macam sup tapi kerana ia ada cendawan shiitake itu, dia jadi lebih unik. Sedap sangat untuk dimakan dengan nasi putih panas-panas!

Selamat mencuba.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca Juga: Peminat Masakan Thai Perlu Cuba, Ini Resepi Ayam Goreng Serai Thai Yang Sedap Dan Padu.

tags: |