Langkau ke kandungan

Peminat Masakan Thai Perlu Cuba, Ini Resepi Ayam Goreng Serai Thai Yang Sedap Dan Padu.

Resipi

10 bahan, 5 langkah

Terus ke resipi
ayam goreng serai thai

Setiap negara mempunyai resepi ayam goreng masing-masing. Jika di Malaysia sudah terkenal dengan resepi ayam goreng Mamak dan ayam goreng kunyit, di Korea, mereka pun mempunyai resepi ayam goreng tersendiri dengan sos pedas, masam manis. Tapi selalu kita dengar mengenai ayam Korea, apa kata kita cuba pula resepi ayam goreng dari negara jiran iaitu Thailand?

Kalau anda nak cuba ayam goreng serai Thai, boleh lah cuba resepi ringkas dan mudah dari Nurul Ateekah. Guarantee memikat selera keluarga. Nak tahu? Jom baca perkongsian penuh olehnya.

Resepi Ayam Goreng Serai Thai

Bahan-Bahan

  • 500 gram isi ayam dipotong kecil
  • 2 batang serai (dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 5 helai daun limau purut dihiris

Peminat Masakan Thai Perlu Cuba, Ini Resepi Ayam Goreng Serai Thai Yang Sedap Dan Padu.

Bahan Ditumbuk Atau Dikisar Halus Tanpa Air

  • 2 pokok akar ketumbar
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 5 ulas bawang putih

Cara-Cara Penyediaan

  1. Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (Kecuali daun limau purut), serta bahan yang dikisar halus. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit. Peminat Masakan Thai Perlu Cuba, Ini Resepi Ayam Goreng Serai Thai Yang Sedap Dan Padu.
  2. Panaskan minyak, agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.  Peminat Masakan Thai Perlu Cuba, Ini Resepi Ayam Goreng Serai Thai Yang Sedap Dan Padu.
  3. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan. Peminat Masakan Thai Perlu Cuba, Ini Resepi Ayam Goreng Serai Thai Yang Sedap Dan Padu.
  4. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas. Serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut. Peminat Masakan Thai Perlu Cuba, Ini Resepi Ayam Goreng Serai Thai Yang Sedap Dan Padu.
  5. Dah siap untuk dihidang. Peminat Masakan Thai Perlu Cuba, Ini Resepi Ayam Goreng Serai Thai Yang Sedap Dan Padu.

Peminat masakan Thai dan ayam goreng wajib cuba. Tengok gambar pun dah rasa terliur. Bila ke dapur nanti, jangan lupa untuk cuba resepi mudah ini. Sangat enak!

Selamat mencuba.

Kredit: Nurul Ateekah

Baca Juga: Ini Dia Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap! Sekali Cuba Terus Ketagih!

Rasida

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Rasida