Sebut sahaja burnt cheesecake, ramai yang tahu akan kek tersebut. Ia popular kerana rasanya yang lemak berkrim dan teksturnya yang sangat lembut. Tapi, korang pernah makan tak Basque Cheese Toast yang menggunakan roti sebagai bahan asas ni.
Nampak simple bukan bila guna roti je. Bukan setakat simple, tapi sememangnya senang sangat nak buat. Yang penting sedap sangat! Sesuai makan bersama anak-anak.
Resepi Basque Burnt Cheese Toast Versi Roti, Bahan Senang Nak Dapat, Main Campak-Campak Pun Jadi Sedap!
Bahan-Bahan:
- 4 keping roti sandwic (potong kerak tepi roti)
- 4 keping kepingan cheese burger
- 1 biji telur kuninng sahaja
- 1/4 cawan susu segar/susu cair.
- 4 camb gula pasir
- 1 caamb mentega/marjerin
Cara Penyediaan:
- Panaskan mentega/marjerin sehingga cair. Masukkan kepingan cheese. Gaul sehingga sebati. Tambah telur kuning, susu segar dan gula pasir.
- Gaul sehingga bahan sekata tiada gentelan dan seikit pekat. Adunan sederhana cair. Ambil sesudu ketika panas dan sapu kan terus pada roti. Sebabnya kalau adunan dan sejuk akan jadi pekat dan keras.
- Bakar dalam air fryer 160-180 darjah selama 5 minit sehingga kekuningan emas.
- Dan siap, makan ketika panas. Terasa sangat lemak manis masin macam burnt cheese kek.
- Selamat mencuba!
Siap sudah Basque Burnt Cheese Toast versi roti ni. Senang kan nak dapat bahan dan cara penyediaannya? Boleh lah buat dekat rumah. Rasa lembut dan lemak berkrim memang sesuai dijamu dan makan ramai-ramai. Jadikan ia sebagai minum petang atau sarapan.
Sumber: Zainor Shima Ihsan
Baca juga: Resepi Nutella Nut Cookies! Rasa Yang Cair Di Mulut Macam Makan Coklat Mahal