Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Nutella Nut Cookies! Rasa Yang Cair Di Mulut Macam Makan Coklat Mahal

Resepi Nutella Nut Cookies! Rasa Yang Cair Di Mulut Macam Makan Coklat Mahal

Kategori:
nutella nut

Coklat nutella yang cair di mulut menjadi pelengkap kepada penggemar coklat untuk dimakan bersama roti misalnya. Lagi-lagi, ia sedap dimakan dalam bentuk  biskut kerana kerangupan di dalam mulut. Jadi, di sini kami kongsikan kepada penggemar coklat nutella nut untuk resepi Nutella Nut Cookies!

Selain rupanya yang cantik, rasanya yang sedap pasti akan mencairkan hati anda!

Resepi Nutella Nut Cookies! Rasa Yang Cair Di Mulut Macam Makan Coklat Mahal

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 360 gram salted butter
  • 70 gram gula kastor
  • 50 gram gula perang
  • 2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:

  • 40 gram serbuk koko
  • 50 gram tepung ubi / beras
  • 370 gram tepung gandum
  • 60 gram tepung jagung
  • 40 gram susu tepung
  • 60 gram hazelnut kisar

Bahan hiasan:

  • 1 botol 350 gram nutella spread
  • Almond nibs Secukupnya
  • Susu segar / putih telur

Cara penyediaan:

  1. Putar bahan-bahan A hingga sebati menggunakan spatula.
  2. Masukkan bahan-bahan B dan gaul sebati.
  3. Sudukan sebanyak 1 sdt adunan dan celupkan dalam susu segar / putih telur kemudian golekkan dalam almond nibs.
  4. Letakkan adunan atas dulang pembakar dan tekan sedikit adunan biskut dengan belakang sudu. Bakar selama 18 minit dengan suhu 160 darjah celcius.
  5. Setelah biskut masak, paipkan nutella spread ditengah-tengah biskut.
  6. Hentak-hentak sikit loyang biskut untuk ratakan nitella dari naik tinggi dan bakar sekejap suhu 160 darjah celcius selama 8 minit.
  7. Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

nutella nutnutella nut

Jadi, dah siap kita punya nutella nut cookies! Selain makan sendiri-sendiri, boleh jadikan juga hadiah istimewa kepada seseorang kerana selain rasanya yang sedap, rupa dan bentuk ini cantik diberi hadiah kepada orang.

Kredit: Rosmaliza Omar

Baca juga: Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Majlis Dan Rumah Terbuka

tags: | |