Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Majlis Dan Rumah Terbuka

cikdaun by cikdaun
Mei 24, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
nasi tomato
0
SHARES
263
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Rasa nak buat nasi tomato?

BacaJuga

kek cawan oren

Cara Buat 14 Biji Kek Cawan Oren Yang Mudah Dan Menjilat Jari, Sesuai Untuk Bawa Ke Jamuan

Mei 12, 2022
20
Resipi Nasi Tomato

Resipi Nasi Tomato & ‘The Geng’ Mudah Untuk Dicuba, Anak-Anak Pasti Menambah!

Disember 12, 2021
267

Dalam suasana yang menumpukan majlis perayaan ataupun jamuan bagi meraikan keramaian antara dua jarak yang selama ini menjadi penghalang dua tangan berjabat, pasti ada yang bingung untuk memasak menu apa bagi dihidangkan kepada tetamu.

Selalunya, tuan rumah tidak tahu sukatan dan kuantiti untuk memasak bagi menjamu spesifik bilangan yang datang. Bagi majlis yang kecil, jikalau anggaran masakan untuk 20 orang bolehlah masak resepi nasi tomato mengikut kuantiti  berikut.

Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang, Sesuai Masak Untuk Majlis Dan Rumah Terbuka

Bahan-bahan (nasi tomato):

  • 8 cawan beras Basmathi direndam 30 minit
  • 9 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji bawang merah besar saiz sederhana dicincang
  • 6  ulas bawang putih dicincang
  • 2 inci halia dititik
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1/2 tin tomato puree
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang serai dititik
  • 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengki, buah pelaga)
  • minyak sapi / butter / marjerin untuk menumis
  • daun pandan / ketumbar
  • kismim
  • garam dan gula

Cara penyediaan (nasi tomato):

  1. Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih. Jika bawang dah kekuningan masukkan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yang dipotong dadu.
  2. Bila semua dah sebati boleh lah masukkan beras dan kacau / goreng selama 5 minit  lebih kurang.
  3. Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismin dan 2 tangkai daun ketumbar.
  4. Bila periuk nasi dah ke warm, terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit atau berkerak di bawah. Biarkan selama 5 – 10 minit baru la buka tudung periuk dan boleh kacau nasi pakai garpu @ chopstik untuk elakkan nasi patah.

nasi tomato

nasi tomato

Bahan-bahan (ayam masak merah):

  • 1 1/2 ekor ayam (mengikut resepi, dapat 23 ketul)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 7 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
  • sos cili, sos tomato
  • gula melaka
  • gula, garam
  • tomato
  • 1 biji bawang besar  untuk hiasan
  • 4 sekawan
  • minyak untuk menumis

Cara penyediaan (ayam masak merah):

  1. Gorengkan ayam.
  2. Tumiskan bawang merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. Kemudiaan masukkan cili kisar.  Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
  3. Masukkan ayam dan kacau sehingga 10 minit lebih kurang biar ayam tu sebati.
  4. Akhirnya, taburkan bawang dan tomato.
  5. Siap untuk dihidang!

Jadi, sudah siap nasi tomato untuk dihidang kepada kira-kira 20 orang. Kalau rasa nak lauk lebih, bolehlah anda tambahkan seekor dua lagi ayam. Tak perlu fikir dah tentang makanan tak cukup atau pembaziran yang akan berlaku sebab kita dah anggar kuantiti untuk dihidang.

Selamat mencuba dan menikmati! Semoga bermanfaat ya.

Sumber: Latipah Karim

Baca juga: Pernah Dengar Kuih Perut Ayam? Jom Buat Kuih Ini Dengan Resepi Yang Paling Ringkas!

0/5 (0 Reviews)
Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
download udemy paid course for free
download mobile firmware
Tags: ayam masak merahNasi Tomatoresepi jamuan
ShareTweetSend

Related Posts

AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang, Tak Perlu Guna Minyak Pun. Serius Jimat!

Julai 2, 2022
0
KEK KELADI
Masak Apa Hari Ini?

Kek Keladi Sering Menjadi Pilihan Ramai Untuk Jamuan, Ini Resepinya Yang Korang Boleh Cuba

Julai 2, 2022
19
Jom Cuba Resepi Kuih Ropa Inti Daging, Kuih Warisan Terengganu Yang Simple Tapi Sedap Tak Terkata!
Resepi

Jom Cuba Resepi Kuih Ropa Inti Daging, Kuih Warisan Terengganu Yang Simple Tapi Sedap Tak Terkata!

Julai 1, 2022
329
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist