Bebola Ayam Cheese

Kalau cakap pasal Bebola Ayam Cheese ni pasti menjadi kesukaan anak-anak. Resepi Bebola Ayam Cheese ni boleh buat banyak – banyak lepastu simpan dalam peti sejuk atau frozen. Keesokkan paginya goreng untuk mereka bawa bekal ke sekolah. Bulan puasa pun dah semakin dekat. Pasti ada di kalangan para ibu yang ingin menyediakan masakan yang beraneka jenis untuk santapan berbuka puasa atau bersahur bersama keluarga tersayang. Boleh lah cuba resepi ni.

Bahan – bahan :

  • 5 biji (450g) ubi kentang
  • 400g dada ayam (dikisar)
  • 1/4 cawan (60 ml) minyak masak
  • 3/4 cawan (110g) tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil mixed herb/oregano
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • Mozarella cheese
  • Cheddar cheese / cheese keping
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan tepung jagung dan gandum.
  • Serbuk roti
  • Air

Cara Penyediaan :

  1.  Masukkan ubi kentang, air secukupnya dan garam. Rebus sehingga empuk.
  2. Toskan dan lenyek kentang.
  3. Campurkan kentang tadi bersama ayam, minyak, tepung gandum, mixed herb/oregano, lada hitam dan garam. Gaul  hingga sebati.
  4. Bulatkan adunan (saiz terpulang kepada citarasa).
  5. Setelah itu, tekan bagi leper aduanan yang dibulatkan, kemudian letakkan mozarella dan cheddar  cheese.
  6. Oleskan bebola ke dalam tepung jagung, telur dan  serbuk roti.
  7. Siap dan boleh digoreng.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 64 times!)