Tengah masak kat dapur ke tu? Masak menu apa hari ini? Kak M nak share resepi begedil favorite Kak M. So far resepi ini paling best pada tekak Kak M.

Serious, rasa dia sedap sangat tau. Baru lepas goreng cepat je licin kalau bukan bulan puasa. Sebenarnya hari ini Kak M buat tak ikut sukatan pun. Resepi tu guideline asas je.

Begedil buat sendiri mestilah best sebab kita boleh letak banyak mana bahan kita nak. Resepi ini berbeza sikit sebab daging kisar digoreng tanpa minyak pastu telur kuning dimasukkan dalam adunan. Jadi mudah melekat dan senang nak kepal.

Jom tengok resepi begedil yang mudah tapi sedap yakmat nih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gram ubi kentang
  • 200 gram daging kisar – goreng tanpa minyak
  • 2 sudu teh lada sulah – tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup – dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar – di potong dadu
  • 2 biji telur ayam – asingkan kuning dan putih
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Mula-mula kupas kentang dan potong sederhana nipis. Basuh dan toskan. Goreng sampai masak, angkat dan toskan. Tumbuk sehingga lumat masa tengah panas. Letak tepi dulu.
  2. Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata lepas tu perasakan dengan garam. Pastu masukkan telur kuning. Ambik sikit adunan pastu kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan pulak sedikit. Buat sampai habis.
  3. Dalam bekas lain, pukul telur putih. Celupkan setiap begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas.
  4. Minyak tak payah banyak sangat, nak tenggelam separuh begedil pun boleh. Tapi kak M suka guna minyak sikit saja sebab guna non-stick pan. Nak gunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk celup pun boleh.
  5. Guna api sederhana je. Tips supaya begedil ni tak pecah, jangan balikkan begedil sampai dia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna dah tukar dan angkat. Insyallah begedil tak pecah, gorengnya pun lawa. Dah masak, angkat dan tos atas tisu dapur. Nak makan dengan soto boleh nak makan camtu aje pun sedap tau.

Tonton video dibawah ini untuk lebih lanjut.

4.5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 78 times!)