Bendi merupakan sejenis sayur-sayuran yang sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang suka, ada pula yang sebaliknya. Selalunya ia digunakan dalam pelbagai jenis kari untuk menyedapkannya lagi.
Tapi bagi anda yang ingin cuba resepi sayur bendi yang lebih mudah dan ringkas, sesuai dijadikan lauk ketika berbuka puasa atau bersahur, cubalah resepi bendi goreng tumis belacan bersama udang ini. Mudah sangat untuk dimasak!
Rangup & Pedas, Ini Cara Menyediakan Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang Yang Sedap Dimakan
Bahan-bahan
- Bendi
- Udang
- 1 sudu besar serbuk belacan (dapatkan di sini)
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Minyak masak secukupnya
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 1 biji cili padi merah
- 1 biji cili merah
- 1 biji tomato
Nota: Cara untuk bendi tidak berlendir, cuci dan toskan bendi. Kemudian, barulah dipotong.
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi, masak sehingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan udang dan masakkan ia seketika.
- Masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Kemudian, gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan bendi, goreng dan gaulkan sehingga sebati. Anggaran selama tiga minit.
- Angkat dan siap untuk dihidang.
Mudah sahaja resepi bendi goreng tumis belacan bersama udang ini. Bagi anda yang sangat menggemari sayur bendi, bolehlah cuba menyediakannya sendiri. Dijamin akan cepat habis.
Selamat mencuba!
Kredit: Nurul Ateekah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Nasi Arab Mandy Yang Sedap, Tak Payah Susah-Susah Beratur. Buat Sendiri Je Di Rumah!