Bihun sedap dimasak dengan pelbagai cara. Ramai yang suka menggorengnya kerana ia boleh dijadikan sarapan pagi atau makan malam yang mengenyangkan.
Setiap orang mempunyai resepi bihun goreng tersendiri. Di sini kami ingin berkongsi resepi bihun goreng kicap yang ringkas tapi sedap oleh Yayar B. Awang Noh dari grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah sahaja, jom ikuti caranya.
“Rasa Teringin Pulak..” – Resipi Bihun Goreng Kicap Ini Buat Orang Ramai Terliur!
Bahan-bahan
- 1 bungkus bihun (direndam)
- 10 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 labu bawang besar (dihiris nipis)
- 3 ketul dada ayam (dipotong dadu)
- Daun kucai
- Lobak merah
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan stok ayam
- 3 sudu besar cili kering kisar
- 1 biji telur ayam
- 4 sudu makan kicap pekat
- Gula
- Garam
- 1/2 sudu makan cuka
Cara-caranya
- Tumiskan bawang putih dan besar dalam kuali yang panas.
- Bila bawang dah perang, masukkan cili kering kisar. Kacau sampai cili masak.
- Masukkan isi ayam. Bila ayam dah agak masak, masukkan sos tiram, gula, garam, stok ayam dan cuka. Kacau dan rasa, tambahkan perasa jika perlu.
- Masukkan bihun dan sayur lain. Kacau hingga rata.
- Bila bihun mula lembut, masukkan telur dan kacau perlahan dalam api yang rendah.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Dah siap bihun goreng kicap ini, nampak begitu sedap, kan? Nanti anda boleh cuba, memang kena dengan selera.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Yayar B. Awang Noh
Baca Juga: Resepi Bendi Sambal Bali, Begitu Mudah Untuk Buatnya. Sedap Hingga Gerenti Akan Menjilat Jari!