Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » “Rasa Teringin Pulak..” – Resipi Bihun Goreng Kicap Ini Buat Orang Ramai Terliur!

“Rasa Teringin Pulak..” – Resipi Bihun Goreng Kicap Ini Buat Orang Ramai Terliur!

Kategori: ,
bihun goreng kicap

Bihun sedap dimasak dengan pelbagai cara. Ramai yang suka menggorengnya kerana ia boleh dijadikan sarapan pagi atau makan malam yang mengenyangkan.

Setiap orang mempunyai resepi bihun goreng tersendiri. Di sini kami ingin berkongsi resepi bihun goreng kicap yang ringkas tapi sedap oleh Yayar B. Awang Noh dari grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah sahaja, jom ikuti caranya.

“Rasa Teringin Pulak..” – Resipi Bihun Goreng Kicap Ini Buat Orang Ramai Terliur!

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun (direndam)
  • 10 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 ketul dada ayam (dipotong dadu)
  • Daun kucai
  • Lobak merah
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan stok ayam
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 biji telur ayam
  • 4 sudu makan kicap pekat
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 sudu makan cuka

Cara-caranya

  1. Tumiskan bawang putih dan besar dalam kuali yang panas. bihun goreng kicap
  2. Bila bawang dah perang, masukkan cili kering kisar. Kacau sampai cili masak. bihun goreng kicap
  3. Masukkan isi ayam. Bila ayam dah agak masak, masukkan sos tiram, gula, garam, stok ayam dan cuka. Kacau dan rasa, tambahkan perasa jika perlu. bihun goreng kicap bihun goreng kicap bihun goreng kicap
  4. Masukkan bihun dan sayur lain. Kacau hingga rata. bihun goreng kicap
  5. Bila bihun mula lembut, masukkan telur dan kacau perlahan dalam api yang rendah. bihun goreng kicap
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. bihun goreng kicap

Dah siap bihun goreng kicap ini, nampak begitu sedap, kan? Nanti anda boleh cuba, memang kena dengan selera.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Yayar B. Awang Noh

Baca Juga: Resepi Bendi Sambal Bali, Begitu Mudah Untuk Buatnya. Sedap Hingga Gerenti Akan Menjilat Jari!

tags: | | |