Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Biskut Chocolate Chips Ala Famous Amos Yang Ringkas, Mudah Untuk Dicuba

Wanita Ini Kongsi Resepi Biskut Chocolate Chips Ala Famous Amos Yang Ringkas, Mudah Untuk Dicuba

Kategori: ,
BISKUT CHOCOLATE CHIPS ALA FAMOUS AMOS

Biskut chocolate cip dari Famous Amos memang digemari ramai. Dengan baunya yang harum dan rasanya yang cukup manis, ianya sangat enak dan menjadi kesukaan.

Bagi anda yang ingin tak pernah puas menikmatinya, anda boleh juga menyediakannya di rumah dari membeli. Lebih jimat, anda boleh ikuti resepi biskut chocolate chips ala Famous Amos yang telah dikongsikan oleh Mastini.

Resepi Biskut Chocolate Chips Ala Famous Amos

Bahan A

  • 250gm butter
  • 1 1/4 cawah teh gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur

Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak

Bahan Tambahan

  • 2 cawan cip coklat
  • Almond flakes

Cara Penyediaan

  1. Kacau rata bahan A menggunakan senduk. Jangan guna mixer. Pakai spatula atau senduk sahaja pun dah cukup. Tujuan nak bagi bahan sebati sahaja. Kacau perlahan-lahan. Bila bahan dah bercampur sahaja, terus berhenti. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut.
  2. Bila dah kacau, masukkan pula bahan B. Sama macam tadi, kacau guna spatula secara perlahan.
  3. Bila dah sebati, baru tambahkan cip coklat. Coklat cip jangan bawa keluar awal dari peti ais takut dia lembik bila gaul sekali nanti rasa biskut lari sikit sebab larut dengan coklat chips. Masa nak letak baru keluarkan dari peti ais. BISKUT CHOCOLATE CHIPS ALA FAMOUS AMOS
  4. Bila dah menjadi adunan, masukkan dalam peti ais selama 1 jam. Simpan sampai dia jadi keras sikit. Simpan lama pun tak mengapa. Kalau nak cepat, simpan di bahagian atas peti ais pastu agak-agak dah keras sikit boleh bawa keluar dan mula cubit mencubit.
  5. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang biskut mengembang. Pastikan cubit sahaja adunan itu. Tak perlu tekan bagi leper. BISKUT CHOCOLATE CHIPS ALA FAMOUS AMOS BISKUT CHOCOLATE CHIPS ALA FAMOUS AMOS
  6. Bakar selama 20 minit pada suhu 150C guna api atas bawah. Jangan lupa preheat oven sebelum letak biskut.
  7. Keluarkan dari oven dan siap untuk dinikmati. BISKUT CHOCOLATE CHIPS ALA FAMOUS AMOS BISKUT CHOCOLATE CHIPS ALA FAMOUS AMOS

Mudah sahaja untuk menyediakan biskut chocolate chips ala Famous Amos ini, kan? Dengan beberapa bahan dan langkah sahaja, anda boleh menikmati biskut chocolate cip ini di rumah.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Mastini

Baca Juga: Cara Mudah Buat Putu Mayang, Tak Payah Bancuh Tepung Hanya Guna Bihun Faiza Sahaja!

 

tags: