Dahulu, biskut sampan merupakan antara biskut raya yang sangat dikenali ramai. Ia mendapat namanya dari acuannya yang menyerupai bentuk sampan. Kini dengan pelbagai biskut moden yang dihasilkan, ia semakin dilupakan.
Oleh itu, ayuh kita kekalkannya dengan mencuba resepi biskut sampan legend ini. Ia telah diolah oleh Iesya Sofea di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Sangat mudah!
Wanita Ini Kongsi Resipi Biskut Sampan Lejen, Sedap Sangat Sampai Tak Pernah Mengecewakan!
Bahan bahagian bawah
- 250 gram mentega sejuk (untuk rasa yang lebih sedap, gunakan pure butter)
- 58 gram susu tepung fernleaf full cream
- 458 gram biscuit mix
Bahan inti
- 86 gram cornflakes nestle
- 86 gram almond nib
- 86 gram mix fruit
- 86 gram ceri hijau dan merah (dadukan)
- 29 gram kelapa kering
- 5 sudu besar susu pekat F&N
Cara-caranya
- Sediakan semua bahan bahagian bawah dan campurkan semua bahan sampai menjadi doh. Ketepikan.
- Dalam mangkuk, campurkan bahan inti sampai sekata. Boleh tambahkan atau kurangkan susu pekat mengikut citarasa masing-masing.
- Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.
- Keluarkan dari oven dan sejukkan sekejap.
- Sedia untuk dinikmati atau disimpan dalam balang.
Sudah siap biskut sampan kita ini. Sayangnya bagi korang yang tak pernah cuba, sebab ia memang sedap untuk dimakan pada bila-bila masa.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Iesya Sofea di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Ini Resepi dan Tips Buat Donut Susu Yang Viral Tengah Sekarang, Tak Guna Pelembut Roti Tapi Gebu Sampai Ke Petang!