Selain nasi ayam, The Chicken Rice Shop terkenal dengan pelbagai hidangan yang sedap. Antaranya adalah sayur bok choy sos tiram yang menjadi kegilaan ramai.
Bagi penggemar hidangan tersebut, di sini kami ingin berkongsi resepinya oleh Liza Idris di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Memang mudah, hanya 10 minit sahaja dah siap. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Resepi Bok Choy Sos Tiram Ala The Chicken Rice Shop, 10 Minit Sahaja Terus Siap!
Bahan-bahan
- 2 pokok sayur bok choy
- 2 hingga 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 inci halia (dicincang)
- 4 sudu besar sos tiram – guna jenama ini
- 1 cawan air
- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 biji cili merah
- Sedikit bawang goreng
- Serbuk lada
Cara-caranya
- Potong bawah batang bok choy. Basuh bersih. Didihkan air, pegang atas sayur, celur batang dulu seperti gambar.
- Batang bok choy dah lembut sikit, celurkan sekejap sahaja semuanya dalam air panas.
- Angkat dan toskan.
- Susun sayur bok choy atas pinggan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia hingga naik bau.
- Goreng sampai kekuningan, biar garing sedikit sahaja.
- Masukkan sos tiram. Kacau bagi sama rata.
- Letakkan air, kacau lagi.
- Kemudian, tambah tepung jagung yang telah dibancuh. Kacau sampai sebati.
- Bila dah likat, rasa la sedikit. Boleh je tambah garam dan gula jika mahu. Siap kuah, tutup api.
- Hidangkan bok choy yang dicelur tadi bersama curahan sos tadi.
- Taburkan cili besar. Tak letak pun tak apa.
- Tabur lagi bawang goreng.
- Akhir sekali, perasakan sedikit dengan lada sulah. Tak letak pun tak apa.
- Siap untuk dinikmati!
Ringkas sahaja hidangan bok choy sos tiram ini, kan? Rasanya memang sama dengan The Chicken Rice Shop, siapa yang tak suka sayur pun terus berselera bila cuba hidangan ini.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Liza Idris
Baca Juga: Resepi Acar Rampai Pembuka Selera, Buat Banyak-Banyak Simpan Dalam Peti. Nak Makan Terus Ambil!