Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Anak Mengamuk Tak Nak Makan Nasi! Resepi Bubur Ikan Lemak Manis, Sesuai Untuk Anak Kecil Yang ‘Picky Eater’

DM Editor by DM Editor
Januari 24, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
Anak Mengamuk Tak Nak Makan Nasi! Resepi Bubur Ikan Lemak Manis, Sesuai Untuk Anak Kecil Yang ‘Picky Eater’
0
SHARES
71
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ibu bapa mana yang tidak risau apabila anak-anak tak nak makan nasi atau makanan bayi yang lain. Mungkin anak-anak sudah bosan kerana makanan yang sama sahaja diberikan.

BacaJuga

bubur cha cha

Resepi Bubur Cha Cha Guna 5 Bahan Saja, Sesuai Buat Untuk Minum Petang

November 17, 2022
180
Bubur Lambuk Terengganu

Resepi Bubur Lambuk Terengganu Terlajak Sedap, Sekali Cuba Terus Nak Lagi

September 19, 2022
907

Ibu boleh cuba tukar selera atau resepi yang baharu untuk anak-anak, seperti wanita ini kongsikan Resepi Bubur Ikan Lemak Manis.

Anak Mengamuk Tak Nak Makan Nasi! Resepi Bubur Ikan Lemak Manis, Sesuai Untuk Anak-Anak Kecil Yang ‘Picky Eater’

Resepi ini dikongsikan oleh zanarandai di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau memberitahu bahawa anaknya seorang ‘moody eater’ di mana banyak karenah ketika hendak makan.

Apabila beliau cuba Resepi Bubur Ikan Lemak Manis ini, anaknya makan hingga licin mangkuknya.

Resepi Bubur Ikan Lemak Manis

Bahan-Bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sawi atau sayuran hijau
  • Isi ikan (ikan jenahak)
  • 2 cube beras frozen
  • 2 cube puri labu atau puri lobak merah
  • 200ml air
  • 1 sudu kecil serbuk ayam
  • 1 sudu kecil serbuk bilis homemade
  • 120ml susu fullcream

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan sawi atau sayuran hijau sehingga lembik.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan atau boleh sahaja gunakan mana-mana ikan, tetapi wanita ini menggunakan ikan jenahak.
  4. Kemudian masukkan 2 cube beras frozen dan 2 cube puri labu atau puri lobak merah sehingga cair.
  5. Tuangkan 200ml air dan masukkan 1 sudu kecil serbuk ayam dan 1 sudu kecil serbuk bilis homemade.
  6. Kemudian, tuangkan 120ml susu full cream dan tutup periuk tersebut dengan penutup.
  7. Biarkan ia mendidih dan kacau sekali sekala.
  8. Selepas 5 minit, bubur ikan lemak manis dah siap.

Resepi Bubur Ikan Lemak Manis Resepi Bubur Ikan Lemak Manis

Mudah sahaja bahan-bahan yang disediakan, masak hanya dalam masa 5 minit dah siap! Anak-anak mesti akan suka dan inginkan lagi.

Selamat mencuba para ibu!

Kredit: zanarandai

Baca Juga: Jom Buat Bubur Ikan Salmon Yang ‘Viral’ Tu, Memang Sedap Sampai Tak Puas Makan!

0/5 (0 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
udemy paid course free download
download coolpad firmware
Tags: BayibuburResepi Bubur Ikan Lemak Manis
ShareTweetSend

Related Posts

cheese strawberry
Masak Apa Hari Ini?

Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Januari 27, 2023
37
Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!
diet

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Januari 27, 2023
47
roti keju
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Roti Keju 2 Dalam 1 Jadi Kesukaan Seisi Keluarga, Paling Best Keju Meleleh Dalam Mulut Dengan Rasa Pedas!

Januari 26, 2023
143
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist