Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Budae Jjigae, Stew Korea Yang Paling Popular! Serius Sedap

Ini Resepi Budae Jjigae, Stew Korea Yang Paling Popular! Serius Sedap

Kategori: ,,
BUDAE JJIGAE

Budae Jjigae merupakan salah satu hidangan Korea yang sangat digemari ramai. Turut dikenali sebagai Army Stew, ia mempunyai rasa pedas, masam dan manis yang mencukupi. Tambahan pula, anda boleh meletakkan apa jua bahan yang anda mahu padanya.

Jika anda nak tahu caranya, ini dia resepi Budae Jjigae yang ringkas sahaja untuk disediakan. Tak perlu ke mana-mana restoran Korea, cuba buat sendiri di rumah dengan mengikuti resepi ringkas ini.

Ini Resepi Budae Jjigae, Stew Korea Yang Paling Popular! Serius Sedap

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar minyak
  • 2 cawan daging atau ayam (ditumis)
  • 3 daun bawang (dipotong)
  • 2 ulas bawang putih (potong hancur)
  • 1 cawan Kimchi
  • 2 sudu besar pes Gochujang – dapatkan yang halal di sini  
  • 1 sudu besar kicap
  • 4 cawan stok ayam (atau 4 kiub stok ayam dalam 4 cawan air panas)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 blok tauhu
  • 2 sayur head baby bok choy (atau 2 cawan kobis potong halus)
  • 2 bekas mi segera BUDAE JJIGAE BUDAE JJIGAE

Bahan tambahan

  • Kepingan keju Cheddar
  • Kacang panggang
  • Telur
  • Rice cakes (Tteokpokki)
  • Cendawan

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dengan kepanasan sederhana dan masak daging tumis.
  2. Tambahkan daun bawang, bawang putih, kimchi dan masak dalam 1 minit. Tambah Gochujang dan gaulkan dengan semuanya dalam lebih kurang 30 saat.
  3. Tuang stok ayam, kemudian tambah kicap, gula dan tauhu.
  4. Tambah baby bok choy dan mi segera. Tutup periuk sehingga mi mula lembut dan sayur mula masak.
  5. Hidangkan ketika panas dan enjoy! BUDAE JJIGAE

Bagi penggemar masakan Korea, bolehlah cuba sup ini. Jika dimakan panas-panas dan secara beramai-ramai, tentu seronok. Boleh spend time bersama keluarga dan kawan-kawan sambil menikmati keenakkan sup ini.

Selamat mencuba!

Baca Juga: Enak Untuk Dinikmati Ketika Moreh atau Hari Raya Nanti, Jom Buat Korean Crispy Seaweed. Guna Tiga Bahan Je !

tags: | |