Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Caramel French Toast, Sesuai Dijadikan Sarapan Pagi Buat Seisi Keluarga

Resipi Caramel French Toast, Sesuai Dijadikan Sarapan Pagi Buat Seisi Keluarga

Kategori: ,
Caramel French Toast

French toast merupakan hidangan roti telur yang sedikit manis. Sangat terkenal di negara Barat, ia sering dinikmati sebagai sarapan pagi bersama buah-buahan atau whip cream.

Selain itu, french toast juga boleh dinikmati bersama sos coklat atau karamel untuk rasa yang lebih manis. Bagi anda yang lebih sukakan manisan, di sini kami ingin berkongsi resepi caramel french toast yang telah diolah oleh Anum Jauzy. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resipi Caramel French Toast, Sesuai Dijadikan Sarapan Pagi Buat Seisi Keluarga

Bahan-bahan

  • Roti gardenia
  • Susu segar – guna jenama ini
  • Esen vanilla
  • Gula perang
  • Telur
  • Mentega Caramel French Toast

Cara penyediaan

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan satu cawan susu. Caramel French Toast
  2. Masukkan gula perang setengah mangkuk kecil. Caramel French Toast
  3. Tambahkan satu sudu kecil esen vanilla dan kacau sehingga sebati. Caramel French Toast
  4. Potong roti dan celup pada adunan tadi. Caramel French Toast
  5. Bakar roti di atas pan. Caramel French Toast
  6. Untuk sos karamel pula, cairkan sedikit mentega di atas pan dan letakkan sedikit gula perang. Caramel French Toast
  7. Masukkan lebih kurang 2 sudu besar susu segar. Caramel French Toast
  8. Bila sudah pekat, tutup api. Caramel French Toast
  9. Hiaskan roti french toast anda dengan sos karamel yang telah disediakan tadi. Caramel French Toast Caramel French Toast

Dan akhirnya caramel french toast ini berjaya disiapkan. Mudah sangat, kan? Oleh itu bagi anda yang gemarkan sarapan pagi yang ala Barat dan sedikit manis, bolehlah cuba resepi ini. Memang sedap!

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikannya pada kawan-kawan anda.

Kredit: Anum Jauzy

Baca Juga: Resepi Donat Keladi Susu Yang Mudah Untuk Dicuba, Sesiapa Boleh Buat

tags: | | |