Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Cendawan Enoki Salted Egg Rangup, Sedap Kongsi Dengan Anak-Anak Untuk Minum Petang

Resepi Cendawan Enoki Salted Egg Rangup, Sedap Kongsi Dengan Anak-Anak Untuk Minum Petang

Kategori: ,
Cendawan-Enoki-Salted-Egg

Masa waktu petang, ibu-ibu tentu mahu meluangkan sedikit waktu bersama anak-anak di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mengemas laman, bersiar di kawasan berhampiran dan sebagainya. Tak best pula kalau tak disediakan kudapan ketika itu!

Dari dibeli pisang goreng atau cucur udang, apa kata anda cuba menyediakan cendawan enoki salted egg ini yang sangat rangup dan sedap diratah? Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Masri di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom kita baca untuk ketahui caranya.

Resepi Cendawan Enoki Salted Egg Rangup, Sedap Kongsi Dengan Anak-Anak Untuk Minum Petang

Bahan-bahan

  • 3 bungkus cendawan enoki
  • 2 biji telur ayam
  • Tepung goreng serbaguna seri aji
  • Cili padi
  • Daun kari
  • 3 biji telur masin (rebus, ambil kuning telur sahaja dan hancurkan)
  • Mentega
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Maggi secukup rasa
  • Gula
  • Minyak masak

Cara-caranya

  1. Pecahkan telur ayam dan pukul di dalam mangkuk.
  2. Celup cendawan ke dalam telur yang telah dipukul sehingga rata. Cendawan-Enoki-Salted-Egg
  3. Salutkan cendawan enoki dengan tepung goreng serbaguna seri aji. Cendawan-Enoki-Salted-Egg
  4. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan cendawan tadi. Cendawan-Enoki-Salted-Egg
  5. Apabila kelihatan kekuningan dan rangup, angkat cendawan goreng.  Cendawan-Enoki-Salted-Egg

Cara penyediaan sos salted egg

  1. Panaskan mentega yang secukupnya.
  2. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan daun kari, cili padi, kacau sebati.
  4. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  5. Perasakan dengan Maggi cukup rasa dan gula secukupnya. Cendawan-Enoki-Salted-Egg
  6. Masukkan cendawan enoki tadi, gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan. Cendawan-Enoki-Salted-Egg Cendawan-Enoki-Salted-Egg

Kalau makan begitu sahaja tentu sedap tapi kalau nak dihidangkan bersama nasi putih pun boleh, terus buat lauk untuk makan malam. Tekstur cendawan itu memang best!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Nur Masri

Baca Juga: Resepi Klasik Dari Timur Tengah, Ini Cara Buat Fatayer Inti Daging Cheese Yang Terus Cair Dalam Mulut

tags: | | | |