Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Cheese Cake Versi Baby 7 Bulan. Lembut & Smooth, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja!

Resepi Cheese Cake Versi Baby 7 Bulan. Lembut & Smooth, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja!

Kategori: ,
thumnail resepi cheese cake

Pada ibu-ibu yang ada anak seusia 7 bulan ke atas dan selalu bingung nak sediakan menu apa untuk anak-anak mereka. Boleh cuba resepi cheese cake ini. Menu ini sesuai untuk tambah berat badan dan yang ingin naikkan selera anak-anak anda. Teksture cheese cake ini juga lembut dan smooth, sesuai untuk anak-anak yang masih kecil.

Para ibu jangan terkejut kalau berat badan anak-anak anda naik sebabnya cheese cake ini sangat membuka selera anak-anak anda. Untuk tahu lebih lanjut resepi cheese cake versi baby, jom ikuti resepi dari Aimi Uyu ini.

Resepi Cheese Cake Versi Baby

Bahan-bahan:

  • Cheese Tatura – setengah dari 250g
  • Tepung Gandum – 1 sudu sahaja
  • Telur – 1 bijiresepi cheese cake 2

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan-bahan di atas.
  2. Letakkan dalam bekas separuh dari bekas nak kukus.resepi cheese cake 4
  3. Kukus sehingga kek tak melekat di lidi
    Nota kecil: Dalam 10 minit boleh cek.resepi cheese cake 6 resepi cheese cake 11

Resepi cheese cake ini juga boleh ditambah topping. Seperti buah puree, buah mangga, buah labu dan lain-lain mengikut topping kesukaan anak-anak anda. Bila dah sekali buat, pasti anak-anak anda akan suka dan nak tambah lagi.

Jom Cuba Sekarang!

Kredit: Aimi Uyu

Baca juga: Resepi Japanese Ganache White Choc Cheese Cake, Guna 4 Bahan Je & Tak Perlu Bakar!

tags: | |