Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Cheese Tart Buncit Yang ‘Viral’, Memang Nikmat Sangat Sesuai Untuk Penggemar Cheese

Resepi Cheese Tart Buncit Yang ‘Viral’, Memang Nikmat Sangat Sesuai Untuk Penggemar Cheese

Kategori: ,
Resepi cheese tart buncit

Sekarang tengah viral Cheese Tart yang buncit dan gebu macam ni. Bagi penggemar makanan yang bercheese pasti tak sabar nak cuba rasa macam mana rasanya kan? Bagi yang nak mencuba buat tu boleh rujuk resepi yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook. Resepi yang dikongsi oleh beliau kelihatan agak mudah dan yang pastinya memang sedap!

Resepi Cheese Tart Buncit Yang ‘Viral’, Memang Nikmat Sangat Sesuai Untuk Penggemar Cheese

RESEPI CHEESE TART

Bahan-bahan:

  • 125gm majerin/butter
  • 150gm gula kastor
  •  1 biji telur saiz B
  • 400gm tepung gandum
  • Esen Vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.
  2. Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.
  3. Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
  4. Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
  5. Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.
  6. Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
  7. Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

RESEPI FILLING CHEESE

Bahan-bahan:

  • 500gm cream cheese dari peti sejuk
  • 100gm gula kastor
  • 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit
  • 2 sdb butter
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

Inti:

  • Apa-apa filling kegemaran.

Cara Penyediaan:

  1.  Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
  2. Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
  3. Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.
  4. Masukkan dalam piping bag.
  5. Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.
  6. Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
  7. Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.
  8. Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.
  9. Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: roshidah abu bakar

tags: