Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Cheesecake Brownies Yang Moist, Penuh Rasa Cheese Dan Coklat. Nikmat Sangat!

Jannah Abdullah by Jannah Abdullah
November 3, 2020
in Kek, Resepi
2 min read
0 0
0
resepi cheesecake brownies
0
SHARES
149
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi anda penggemar brownies anda boleh cuba buat cheesecake brownies yang penuh bercoklat dan bercheese ini. Asyik makan brownies coklat biasa je kan, buatlah yang bercheese pula ni. Memang lain dari yang lain. Brownies cheesecake ini penuh rasa fudgy dan moist. Confirm meleleh air mata sebab sedap sangat.  Kalau anda sukakan rasa yang premium, anda boleh guna bahan yang premium, maknanya lebih mahal lah. Tapi kalau gunakan bahan-bahan yang murah pun masih lagi sedap rasanya.

BacaJuga

resepi puding alpukat brownies

Gabungan Dua Rasa Yang Terbaik! Ini Dia Resepi ‘Puding Alpukat Brownies’ Yang Sedap Dan Lain Dari Yang Lain. Mudah Je Nak Buat!

November 1, 2020
14
resepi kek brownies paling senang

“Sedapnya Brownies Ni..” Wanita Ini Kongsi Resepi Brownies Paling Senang, Paling Sedap Dan Memang Menjadi!

Oktober 12, 2020
18

BAHAN-BAHAN

Bahan Adunan Brownies:

  • 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
  • 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 150g (3/4 cawan) gula perang
  • 2 biji telur
  • 50g (1/2 cawan) tepung gandum

Bahan Adunan Cheese:

  • 1 biji telur
  • 225g (1 cawan) cream cheese
  • 50g (1/4 cawan) gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

CARA PENYEDIAAN:

Adunan Cheesecake:

  1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
  2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.

Adunan Brownies:

  1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
  2. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
  3. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
  4. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
  5. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
  7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
  8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek ‘set’ di bahagian tengah.
  9. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Che Nom

 

 

0/5 (0 Reviews)
Free Download WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
online free course
download xiomi firmware
Tags: browniesbrownies cheesecake
ShareTweetSend

Related Posts

Teknik Bekukan Beras
Resepi

Guna Teknik Bekukan Beras Ini, 15 Minit Sahaja Bubur Nasi Siap Boleh Dimakan!

Februari 25, 2021
528
Resepi

Resepi Sambal Tauhu & Tempe Goreng Sayur, Baunya Pun Dah Cukup Buat Mak Mertua Terliur. Sedap Sungguh!

Februari 25, 2021
200
Sambal Ayam Geprek
Resepi

Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu

Februari 25, 2021
203
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2020 Copyright Daily Media

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2020 Copyright Daily Media

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist