Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Biskut Raya Paling Mudah Tapi Sedap, Cornflakes Madu Yang Rangup Habis!

Cara Buat Biskut Raya Paling Mudah Tapi Sedap, Cornflakes Madu Yang Rangup Habis!

Kategori: ,
resepi cornflakes madu

Cornflakes madu antara kuih raya yang tersangat mudah untuk disediakan. Selain tidak banyak bahan yang diperlukan, teknik untuk membuat kuih ini juga amat mudah. Kanak-kanak pun boleh buat tau. Walaupun sangat mudah tidak bermakna ianya tidak sedap. Sekiranya anda bukan penggemar atau tidak mahir dalam membuat biskut raya mungkin anda boleh cuba buat cornflakes madu ini. Confirm ramai puji tau!

Resepi Cornflake Madu Yang Mudah Serta Sedap

Bahan-bahan :

  • 500 gram cornflakes
  • 250 gram buttercup
  • 10 sudu besar madu
  • 8 sudu gula perang

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan buttercup, lepas buttercup dah cair, masukkan gula perang.
  2. Lepas gula perang cair, masukan madu, kacau sehingga sebati.
  3. Dah sebati masukkan cornflakes, kacau bagi semua cornflakes tersalut.
  4. Bakar dalam oven 160 celcius, 5-10 minit.
  5. Siap untuk dimakan.

Senangkan? Selamat mencuba!

Kredit : Atin Eika Via MAHN

Baca juga : Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah

tags: | |