Carrot cake merupakan sejenis pencuci mulut yang sangat digemari. Dijual di pelbagai jenis bakeri, orang ramai selalu berebut-rebut untuk mendapatkannya. Setiap kali kunjungi mana-mana kedai sudah tentu ia akan sold out.
Cara Buat Cream Cheese Carrot Cake
Bahan Kek
- 1.5 cawan gula kastor
- 1.5 cawan minyak jagung
- 4 biji telur saiz A
- 2 cawan tepung APF
- 2 sudu teh baking powder
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 1.5 sudu teh serbuk kayu manis
- 1/4 sudu teh garam halus
- 3 cawan padat lobak merah (disagat)
- 3/4 cawan kacang walnuts (dicincang)
- 1/2 cawan kismis
- Butter
Bahan Cream Cheese Frosting
- 500gram Anchor cream cheese
- 250gram Lurpak salted butter
- 3 sudu besar Anchor UHT whipping cream (dapatkan di sini)
- 1.5 sudu teh esen vanilla
- 1.5 cawan gula aising
Cara Penyediaan Kek
- Sagat lobak merah dan perahkan supaya jusnya terkeluar dengan menggunakan penapis kopi. Bila jus dah tiada, baru sukat padat menggunakan measuring cup. Asingkan dahulu.
- Telur ayam saiz A, 4 biji tapi masukkan sebiji dulu, baru tambahkan yang seterusnya.
- Masukkan gula kastor dan pukul gula dengan telur sampai rupanya sama seperti di gambar.
- Masukkan minyak jagung ke adunan telur dan gula tadi. Pukul pakai hand mixer dengan kelajuan 5.
- Ini rupa adunan telur dan minyak.
- Ayak sebati bahan kering iaitu tepung, baking soda, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam.
- Kaupkan adunan tepung tadi ke dalam adunan basah, guna spatula dan bentukkan nombor 8.
- Sampai jadi seperti di gambar.
- Masukkan lobak merah yang telah disagat tadi dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan walnuts dan kismis ke dalam adunan basah dan gaul sehingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Sapukan permukaan bekas dengan sedikit butter dan letakkan baking sheets. Masukkan adunan dan bakar dalam oven pada suhu 160 darjah c selama 45 minit. Sejukkan dahulu sebelum letakkan frosting.
Cara Penyediaan Frosting
- Biarkan cream cheese pada suhu bilik dan pukul sampai ringan.
- Masukkan butter dan pukul sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan esen vanilla dan whipping cream, pukul lagi.
- Akhir sekali, masukkan sifted icing sugar. Mesti ayak dulu gula tu, kalau tidak ia akan menjadi berketul.
- Simpan dalam peti, selepas 30 minit, boleh gunakan untuk hiaskan kek.
Mudah sahaja untuk menyediakan cream cheese carrot cake ini, kan? Bagi anda yang gemar baking di dapur, perlu cuba resepi mudah ini. Tengok gambar pun dah nampak sangat menyelerakan.
Selamat mencuba.
Kredit: Norliza Ali di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca Juga: Resepi Roti Paung Terengganu Yang Mudah, Kuih Tradisional Yang Sangat Enak!