Kuih cucur atau yang dikenali dalam bahasa Thai sebagai Khanom Fak Bua atau Khanom Chunchun adalah makanan ringan tradisional di bahagian Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand dan Vietnam.
Untuk kali ini, kami ingin kongsikan cucur versi pedas! Memang sedap bagi penikmati hidangan pedas. Bentuk bulat-bulat dan tepung digoreng berintikan rempah pedas. Memang sedap. Jom kita ikuti perkongsian cucur badak pedas yang dikongsikan oleh Samsiah Haji Mat Ali ini.
Resepi cucur badak versi pedas ini khas untuk anggaran 20 biji kuih cucur badak versi pedas.
Resepi Cucur Badak Versi Pedas Berempah, Rasa Unik Dari Cucur Badak Biasa. Korang Kena Try, Memang Sedap Sungguh!
Bahan-Bahan:
- 1 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 2 batang serai
- 1/2 cawan udang kering
- 1/2 sudu kecil jintan kasar
- 1/2 cawan air
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar cili boh
- 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 1/2 sudu besar gula
- 1 cawan kelapa parut
- 600 gram ubi keledek
- 500 ml air
- 1/2 sudu kecil garam
- 220 gram tepung gandum
- minyak masak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
- Dalam mesin pengisar, masukkan bawang putih, bawang besar, serai, udang kering, jintan kasar dan air. Kisar sehingga halus.
- Dalam kuali, masukkan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi. Masukkan cili boh dan serbuk kunyit. Tumis lagi.
- Masukkan gula dan garam. Kacau lagi sehingga pencah minyak.
- Masukkan kelapa parut. Gaulkan kelapa parut dengan bahan tumisan sehingga rata. Masak sehingga agak kering. Matikan api. Ketepikan.
- Ambil ubi keledek. Potong kecil. Masukkan dalam periuk. Masukkan air dan garam. Hidupkan api dan rebus sehingga ubi keledek empuk. Selepas empuk, angkat dan toskan. Masukkan dalam mangkuk.
- Tekan-tekankan ubi keledek menggunakan alat penekan. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul ratas supaya ubi keledek dan tepung bersatu mesra
- Uli sehingga adunan ini menjadi doh.
- Sapukan tangan dengan minyak masak. Ambil sejemput doh dan jadikan bulat. Leperkan untuk mengisi inti ke dalamnya. Katupkan semula dan bentukkan jadi bulat dengan kemas. Jangan inti terkeluar
- Ulang langkah ini sehingga adunan dan inti habis.
- Dalam kuali, panaskan minyak masak. Selepas minyak panas, goreng cucur badak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dihidang.
Siap sudah cucur badak versi pedas ni. Memang sesuai makan waktu petang! Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Samsiah Haji mat Ali
Baca juga: Ini Cara Sediakan Sambal Gesek N.9 Paling Simple Tapi Sedap, Memang Merecik Hingga Berasap Telinga! Korang Kena Cub