Jom cuba cucur udang mudah yang lembut dan sedap ini untuk minum petang nanti. Kalau buat ni, pasti suami dan anak-anak suka! Sekejap sahaja dah licin sepinggan sebab sedap sangat! Memang seronok tengok suami dan anak-anak makan berselera, betul tak? Selamat mencuba.
Resepi Cucur Udang Mudah, Kena Letak ‘Bahan-Bahan’ Ini Baru Rasa Jadi Lembut & Sedap!
Bahan-bahan:
- 400 gram Gandum
- Udang
- Bawang Merah
- Lobak
- Daun Kucai
- Tauge
- Garam
- Serbuk Kunyit
- Yis
Bahan-bahan:
- Masukkan semua bahan kecuali udang, ke dalam mangkuk bersama gandum.
- Tambah air dan adun sebati. Biarkan selama 30 minit.
- Panaskan minyak masak. Masukkan adunan kedalam senduk bersama seekor udang dan goreng.
Tips: sebelum menggoreng, panaskan senduk supaya adunan tidak melekat.
Kredit: Zaky Mat Ali
Baca juga: Spaghetti Goreng Pedas Yang Sesuai Untuk ‘Tekak Melayu’, Wanita Ini Kongsi Resepinya..