Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sua Rong Hai Yang SEDAP Dan Mudah, Confirm Tak Cukup Sekilo Daging

Cara Buat Sua Rong Hai Yang SEDAP Dan Mudah, Confirm Tak Cukup Sekilo Daging

Kategori: ,,

Sua Rong Hai atau dalam bahasa melayunya adalah daging bakar harimau menangis. Daging bakar ini bukan sahaja terkenal di Thailand malah di Malaysia juga ianya turut terkenal. Dan dalam masa yang sama daging bakar harimau menjerit ini sangat-sangat digemari oleh rakyat Malaysia.

Jika ke restoran Thai tidak lengkap sekiranya tidak memesan daging bakar harimau menangis ini. Tetapi apa yang kurang memuaskan adalah kuantitinya yang sedikit. Jadi kalau anda nak lebih puas, beli daging dan buat sendiri dengan rujuk resepi yang dikongsikan oleh warga Thailand ini.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan Daging:

  • Daging |ambil bahagian yang berlemak lebih sedap
  • Gula
  • Sos ikan (nampla)
  • Sos tiram
  • Minyak masak
  • Lada hitam
  • Sedikit garam

*Bahan-bahan di atas agak je sukatannya

Bahan Sos Pencicah:

  • Sos ikan (nampla)
  • Air asam jawa
  • Jus limau nipis
  • Thai palm sugar (namtan peep)
  • Serbuk cili thai
  • Bawang merah
  • Beras sangao (goreng tanpa minyak dan goreng halus)
  • Daun saderi (hiasan)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan daging dengan bahan perapan dan perap lebih kurang 30 minit-60 minit.
  2. Kemudian bakar daging sehingga masak.
  3. Sementara menunggu daging masak boleh mula membuat sos pencicah.
  4. Untuk sos pencicah, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan perasakan secukupnya.
  5. Apabila daging dah masak, boleh potong kecil-kecil.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama sos pencicah.

https://www.facebook.com/2011061902449025/videos/2013085435580005

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Sagacious Sally

tags: |