Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Daging Kurma Paling Sedap, Guna Pressure Cooker Confirm Lebih Mudah & Lembut!

Resepi Daging Kurma Paling Sedap, Guna Pressure Cooker Confirm Lebih Mudah & Lembut!

Kategori: ,
DAGING KURMA PALING SEDAP

Pressure Cooker (dapatkan di sini) merupakan peralatan dapur yang sangat berguna. Boleh didapati dalam pelbagai harga dan jenis, ia amat memudahkan kerja memasak dengan mengurangkan waktu masakan.

Ketika Hari Raya Aidiladha yang semakin menghampiri, tentu pelbagai resepi lauk daging yang anda ingin cuba. Oleh itu, penggunaan Pressure Cooker amat penting bagi memastikan setiap ketulan daging yang dimasak kekal lembut dan masak elok.

Kalau anda ingin mencari resepi lauk daging untuk dicuba dengan Pressure Cooker yang ada di rumah, di sini kami ingin berkongsi resepi daging kurma paling sedap yang telah diolah oleh Annisa Katering Kedah Penang.

Cara Buat Daging Kurma Paling Sedap, Guna Pressure Cooker Confirm Lebih Mudah & Lembut!

Bahan-bahan

  • 1kg daging dan tulang rusuk
  • 10 biji buah keras (dikisar)
  • Bawang besar (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 350gm santan pekat
  • 1 pek serbuk kurma Babas
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Cili hijau
  • Minyak masak
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam DAGING KURMA PALING SEDAP

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak masak dalam Pressure Cooker dalam mode sesuai (bergantung pada mode pressure cooker masing-masing, kalau ada mode stir fry, guna mode itu).
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama rempah ratus kecuali rempah kurma dan buah keras.
  3. Bila bawang dah naik bau dan kekuningan, masukkan rempah kurma, daun pandan dan buah keras.
  4. Kacau sebentar biar menggelegak, masukkan daging dan tulang. Gaul mesra.
  5. Kemudian, tutup penutup periuk, pusingkan valve pressure, tekan mode beef atau mutton, set 20 minit pressure.
  6. Selepas 25 minit, lapik tuala di atas valve dan tolak pressure valve perlahan-lahan.
  7. Kemudian, buka tudung periuk, masukkan sayur-sayuran bersama gula dan garam. Setkan pressure lagi 10 minit.
  8. Setelah selesai lepaskan pressure, buka penutup, masukkan santan.
  9. Kacau sebati dan masak dalam mode bake semula sehingga santan masak dan kuah mendidih.
  10. Tambahkan perasa yang kurang dan siap untuk dinikmati.DAGING KURMA PALING SEDAP DAGING KURMA PALING SEDAP  DAGING KURMA PALING SEDAP

Pressure Cooker ini sememangnya perlatan dapur yang begitu diperlukan di dapur. Pelbagai hidangan enak yang boleh disediakan menggunakannya. Antaranya adalah daging kurma paling sedap ini. Jimat masa dan tenaga!

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Annisa Katering Kedah Penang di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Masak Daging Goreng Terengganu Yang Sangat Sedap. Warga Ganu Approve Resepi Ini!

tags: | | | |