Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Daging Tauge Dari Angah Raja Lawak, Memang Sedap Tak Terkata & Harus Dicuba

Resipi Daging Tauge Dari Angah Raja Lawak, Memang Sedap Tak Terkata & Harus Dicuba

Kategori: ,
Wanita Ini Kongsi Tempe Mendoan Rangup Kriuk-Kriuk, Original Resepi Dari Indonesia!

Bagi peminat Maharaja Lawak, rupa Angah Iskandar bukannya asing dikalangan penonton. Selain menceburi diri dalam bidang lakonan dan komedi, Angah Raja Lawak juga mempunyai minat dalam masakan.

Malah bagi yang belum tahu, Angah juga pernah dinobat sebagai Naib Juara dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia 2012! Kini, dia juga aktif di laman TikTok untuk berkongsi pelbagai resepi menarik dan mudah untuk penonton.

Antaranya adalah resepi daging tauge ini yang ringkas sahaja dan sesuai untuk anda yang ingin memasak hidangan yang sedap tapi mudah. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya. Gambar yang telah dikongsikan ini juga merupakan perkongsian dari Nurhazliah Hashim yang pernah mencuba resepi ini.

Resipi Daging Tauge Dari Angah Raja Lawak, Memang Sedap Tak Terkata & Harus Dicuba

Bahan daging perap

  • Daging lembu
  • Tepung jagung
  • Lada sulah
  • Sos tiram

Bahan lain

  • Halia (dihiris)
  • Bawang putih
  • Lada jeruk
  • Lada basah
  • Cili api
  • Pea sprout
  • Sos tiram
  • Kicap manis

Cara-caranya

  1. Gaulkan bahan daging perap hingga sebati dan goreng hingga masak, ikut suka nak cara garing atau basah. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Tambahkan cili dan tumiskan lagi seketika.
  3. Kemudian, tambahkan sos tiram dan kicap manis.
  4. Masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Campak la sayur yang ada.
  5. Bila dah sebati kesemuanya, tutup api dan sedia untuk dinikmati.

Dah siap hidangan ini. Nampak sangat sedap dan sesuai untuk digaul bersama nasi putih, lebih nikmat!  Wanita Ini Kongsi Tempe Mendoan Rangup Kriuk-Kriuk, Original Resepi Dari Indonesia!Wanita Ini Kongsi Tempe Mendoan Rangup Kriuk-Kriuk, Original Resepi Dari Indonesia!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit resepi: Angah Raja Lawak

Kredit gambar: Nurhazliah Hashim

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Tempe Mendoan Rangup Kriuk-Kriuk, Original Resepi Dari Indonesia!

tags: | | |